cerpen : Dia Pilihanku

DIA PILIHANKU

  Jemariku menekan dahi berkali-kali. Kini, kerana kesilapanku aku sendiri, tiada Naurah Faghira di sisi. Mataku jatuh pada pagar balkoni. Seandainya aku mampu undurkan masa. Seandainya aku tidak mempercayai segala kata-kata Haziqah.

  Semuanya sudah terlambat. Seorang Naurah Faghira telah tiada.

  Kelopak mataku sudah bergenang dan tanpa mampu aku tahan, air mata lelakiku menitis jua. Terhinggut-hinggut aku menahan esakan dalam kegelapan malam.

*****
  Sedari tadi aku hanya membisu. Memandang sepi secawan kopi yang sudah sejuk. Aku melarikan pandangan di kala pandanganku dan bekas ibu mentuaku bertaut. Selalu saja aku ke sini usai menziarahi kubur Naurah.

  “Waqar sihat?”

  “Alhamdullilah, sihat.”

  Namun hati ini tidak sihat sama sekali!

  Dari jauh aku memandang Haziqah yang sedang duduk menekur lantai. Aku tahu dia rasa bersalah atas apa yang berlaku. Sudahlah. Naurah tetap tiada meskipun Haziqah menyesali perbuatannya. Isteriku tetap pergi…

  Kenyataan itu tidak pernah berubah.

  “Dah tiga tahun Naurah pergi,” ujar bekas ibu mentuaku mendatar.

  Lidahku kelu. Tiga tahun? Mengapa dirasakan bagai semalam dia pergi meninggalkan aku?

  “Mak rindukan dia.”

  Aku juga. Sungguh aku rindukan dia.

  Dan rasa rindu itu tidak pernah hilang meskipun sesaat. Sebaris namanya tetap terpahat kukuh di hatiku.

  Senyumannya, tangisannya, gelak tawanya. Semuanya tidak pernah aku lupakan! Seorang wanita yang lemah. Naurah Faghira selalu mengalah, selalu jatuh. Dan kerana itu, dia pilihanku. Aku tahu dia tegar sebenarnya.

  Jika dia tidak tegar, dia tidak akan menuruti permintaan bekas ibu mentuaku supaya menggantikan Haziqah di kala Haziqah melarikan diri.

  “Waqar semakin tua.”

  “Tahu!” balasku sepatah.

  “Waqar tak nak cari pengganti Naurah?”

  Darahku tersirap. Pandanganku dan dia bertaut lama. Cuba mencari maksud di sebalik renungan dan bicaranya.

 Mana mungkin aku akan mencari pengganti Naurah Faghira.

  “Sampai mati pun Waqar akan hidup sendiri,” tuturku perlahan sebelum mengorak senyuman hambar.

  “Sepatutnya Waqar cari pengganti dia. Cari seorang isteri yang mampu jaga pakai dan minum Waqar.”

  “Waqar mampu jaga diri sendiri.”

  Terus aku bangun dan masuk ke dalam perut kereta.

  Tiada siapa mampu menggantikan isteriku.

*****

  Haziqah membisu. Aku menengadah langit. Tidak pasti mengapa dia datang bertemu denganku. Dan jika dia menyuruhku untuk menerimanya sebagai isteri, jawapannya tidak! Sekeping hatiku bukan miliknya.

  “Ziqah minta maaf atas apa yang berlaku dulu,” ujarnya selepas lama mendiamkan diri.

  Aku bangun dan menapak mendekatinya. Pinggangku dicekakkan. Senyuman sinis tercalit di bibirku.

  “Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan tiga tahun dulu? Kenapa bukan masa Naurah masih hidup?”

  “Ziqah…” Dia kehilangan kata.

  Melihat wajahnya membuatkan rasa sakit hati menghentak hatiku. Tapi aku akui ada juga salahku.

  Waqar Hijazi, belajarlah daripada kesilapan. Moga kesilapan yang dilakukan tiga tahun lalu menjadi pengajaran.

  Mata Haziqah sudah merah. Aku tahu dia ingin menangis. Aku tahu dia menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi. Dia sudah berubah namun aku tetap tidak mampu menerimanya. Waqar Hijazi tidak mencintai Haziqah langsung.

  Belum tentu aku menerimanya meskipun dia rela melakukan apa-apa saja.

  Aku menghela nafas lemah. “Waqar maafkan segala kesilapan Ziqah sebab dulu, Waqar turut melakukan kesilapan yang sama. Naurah seorang isteri yang baik tapi Waqar sia-siakan dia. Seandainya Waqar mampu undurkan masa pasti Waqar takkan buat buat macam tu.”

  “Dia baik. Moga dia tenang di sana,” tutur Haziqah lembut.

  “Waqar nak masuk pejabat dulu. Assalamualaikum.”

  Tubuhku dipalingkan dan aku mengatur langkah meninggalkannya. Langkahku mati di kala dia menyeru namaku. Wajahku dipalingkan.

  “Dia pilihan Waqar dan dia akan terus berada di hati Waqar.”

*****
  Potret Naurah Faghira aku tenung lama. Tanpa sedar, aku mengoyak senyuman nipis. Jemariku menyentuh potret itu.

  Kisah yang penuh penyesalan. Tidak menghargai Naurah Faghira merupakan satu khilaf yang besar.

  “Abang rindukan Naurah,” ujarku sambil tertawa. Air mataku jatuh ke atas potret itu.

  Diam seketika.

  “Naurah pilihan abang dan Naurah akan terus berada di hati abang. Abang relakan Naurah pergi. Terima kasih untuk segalanya. Cinta abang untuk Naurah takkan pernah hilang dan Naurah Faghira adalah pilihan abang buat selamanya.”

  Dia pilihanku dan dia akan terus berada di hatiku. Tiada siapa mampu menggantikan dia. Hanya dia hingga ke akhir usia…



Assalamualaikum dan selamat malam. A short story from me. Hikss... 3 m/s ja.

Acc,  ni sambungan cerpen Bukan Pilihannya. BP macam tergantung gila dan hanna buat sambungan so that orang boleh tahu kisah Waqar.

Tahun depan PMR :)




9 comments:

  1. best :') . adik2 lagi rupenye. tahniah kerana yakin untuk menulis dalam usia yang baru mencecah 15 tahun. penulisan anda dalam usia sebegini muda sangat baik. segala kesilapan dan teguran dari pembaca tu take it positively.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..
      tanpa teguran, takkan ada hanna hari ni. Segala teguran buat hanna lagi tegar :)

      Delete
  2. wah..tahniah ye..
    best jugak..
    gud luck ye..4 pmr..

    ReplyDelete
  3. best jugak.. name saye un haziqah jugak acc.. tapi saye bukan macam haziqah dalam cerpen hanna tau.. btw.. ice story.. like100..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. terima kasih. hahaha. haziqah dalam cerpen tu jahat. kontra dengan haziqah yang komen ni. thanks ya sebab baca ;)

      Delete
  4. Replies
    1. heee. sorry for the sad ending. dont know why hanna still buat sad ending. ahaks

      Delete
  5. laa... sad ending jugak.. lalalala

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...