cerpen : Sehingga November


Note : Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Bila diduga, jangan merintih. Bila kecewa, jangan menangis. Setiap kesulitan itu terselit kemudahan

Jun, 2007

  Langkahku longlai. Aku menyandarkan tubuh pada dinding ruang kecemasan. Tidak aku pedulikan ratusan manusia yang berperang dengan masalah sendiri. Kelopak mataku tertutup seketika. Surah Al-Baqarah ayat 214 mula bermain-main di fikiranku.

  Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).  (Al-Baqarah, 214)

  “Doktor, doktor tak tipu saya kan?” Soalku lirih.

  Doktor yang hanya menunggu masa untuk berpencen itu menekur lantai. Aku menghela nafas lemah. Pelupuk mataku sudah bergenang. Hatiku mula diterpa seribu satu rasa.

  “Tidak, cik. Mengikut ramalan kami, cik hanya punya masa sehingga November.”

  “Tak ada jalan lain ke?”

  Matanya menerobos dalam anak mataku. Stetoskop yang berada di lehernya diletakkan ke atas meja. Dia menyulamkan jari-jemarinya sesama sendir. Aku melemparkan senyuman pahit. Jalan yang tinggal hanya pembedahan. Ya! Pembedahan yang begitu menyakitkan. Aku sudah tidak sanggup lagi.

  Biarlah kanser itu merebak daripada melakukan rawatan yang menyakitkan.

  Terus aku tersedar dari lamunan. Aku mula mengorak langkah untuk pulang. Tangan kananku memegang kemas laporan kesihatanku. Dan saat aku  berjalan, bahuku dilanggar seorang lelaki. Terus laporan melayang dan jatuh ke atas lantai hospital.

  “Maafkan saya,” tuturnya dengan riak wajah bersalah. Aku memandangnya kosong sekosong hatiku.

  Aku menggeleng sebelum terus melangkah. Panggilan lelaki itu tidak aku pedulikan. Rasa hiba yang bertamu di hati cuba aku singkirkan. Langkahku terhenti. Aku menengadah langit. Satu hari nanti, aku takkan berpeluang melihat langit itu.

  Ah! Persetankan semuanya. Fikiranku kusut. Langkahku goyah. Untuk apa aku menangis?

*****

  Wajah doktor itu aku pandang. Kelmarin, dia menelefonku supaya aku berjumpa dengannya. Dia melemparkan senyuman manis. Aku hanya membisu. Sehelai kertas dihulurkan kepadaku. Aku mengerutkan dahi.

  “Laporan kesihatan awak terjatuh. Anak saya jumpa,” tuturnya meleraikan rasa hairan yang membelengguku.

  Teragak-agak aku mencapai kertas itu. Bagaikan separuh hatiku telah lenyap dalam kegelapan. Siapa yang tidak sedih di saat jangka hayat hanya tinggal beberapa bulan.

  “Dan dia suruh saya berikan awak kad ni.”

  Sekeping kad turut dihulurkan kepadaku. Aku menyambut kad itu lalu aku buka.

  Sesiapa yang berjiwa mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah dia. Tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali-Imran : 185)

  Aku baca ayat itu berulang kali. Tanganku mengenggam erat kad itu. Wajahku dipanggungkan menatap wajah doktor itu.

  “Cakap dekat dia, terima kasih.”

  Empangan mataku sudah pecah dan perlahan-lahan air mata mula menodai pipi. Benar! Kadang-kadang, kesedihan itu mendekatkan kita dengan Yang Esa. Bila sedih datang, manusia mula runsing.

  Manusia mula mencari macam mana dia nak keluar daripada sedih. Bagaimana dia nak keluar daripada dukacita dalam kehidupan. Ramai orang yang menemui Allah dan mencari Allah ketika dia sedih dan tak ramai orang yang mencari Allah ketika dia bahagia. Walaupun kita tak disuruh mencari sedih tapi sedih berjaya membawa orang berjumpa Allah.

  “Ya Allah, aku rela jika waktu aku untuk bernafas di muka bumi ini tinggal beberapa detik sahaja lagi. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Hanya kepada-Mu aku meminta dan mengadu. Ya Rabb, berikanlah kepadaku hamba-Mu ini kekuatan untuk menjalani hidup yang penuh ranjau dan duri.

  Kesedihan yang Engkau campakkan ke dalam diriku bukan satu yang menyakitkan. Untuk aku terus berada dekat dengan-Mu, aku perlukan hati yang dekat dengan-Mu. Terima kasih Ya Allah untuk segalanya.” Aku terus dan terus menangis. Lama aku berteleku di atas tikar sejadah.

   Segenap ruang tamu itu  aku pandang. Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di atas sofa. Kalau aku mati, siapa nak uruskan jenazah aku? Ibu dan ayah sudah lama meninggal. Tambahan pula aku hanya anak tunggal. Saudara-mara ayah dan ibu langsung aku tidak kenal.

  Tanganku ligat memicit dahi. Sesekali aku terbatuk. Wajahku pucat, bibirku kering. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Kalaulah rasa sakit ini boleh hilang dengan menghentakkan kepala ke dinding. Diam tak diam, sudah 23 tahun aku berada di atas muka bumi ini.

  Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pergi. Ah! Ramalan doktor tak semestinya benar. Jodoh, ajal dan maut rahsia Ilahi.

*****

  Hari berganti hari. Sekarang sudah penghujung bulan September. Bola mataku terhenti di meja yang dipenuhi ratusan kad. Semuanya daripada anak doktor itu. Tidak jemu-jemu memberikan kad. Kad yang diletakkan di hadapan rumahku pagi tadi aku capai.

  Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku, semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam (Al-An’aam : 162)

  Mataku mula melarikan pandangan. Mula membaca keterangan ayat itu.

  Katakanlah (ya Muhammad SAW dan orang-orang mukmin) : Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya semata-mata merana Allah SWT dan mengharapkan keredaanNya, bukan kerana riak, hendak dipuji orang atau kerana malu dan sebagainya. Maka, orang mukmin hidupnya untuk mentaati Allah SWT dan keredaanNya serta mengorbankan jiwanya atau mati untuk mentaati Allah dan keredaanNya juga. Begitu juga sembahyangnya dan semua ibadatnya, semuanya kerana Allah semata-mata dan tidak disekutukan dengan yang lain. Demikian kesucian hati mukmin yang sejati.

  Tengah hari itu, aku ke hospital berjumpa dengan Doktor Adam seperti selalu. Kepalaku kembali berpinar. Aku memicit kepalaku berkali-kali. Langkahku terhenti. Aku memegang tiang di tengah ruang legar hospital.

  Pandangan orang ramai tidak aku pedulikan. Kelopak mataku tertutup sebelum aku rebah di situ.

  Jari-jemariku terbuka. Kelopak mataku terbuka dan tertutup seketika. Kepalaku terasa sangat berat. Jelas wayar yang berselirat di tubuhku. Seseorang lelaki yang memakai t-shirt putih dan jeans hitam berdiri di jendela. Pandanganku samar-samar sahaja.

  Lelaki itu mengheret langkah ke arahku tatkala menyedari aku sudah sedar.

  “Masih sakit?” Soalnya lembut.

  Aku hanya membisu. Apalah sakit ini jika dibandingkan dengan azab neraka.

  “Saya tengok awak, saya tahu awak derita tapi saya kagum. Awak tak nampak macam orang yang menghidap kanser.”

  “Tak perlu kagum. Sebab apa yang awak nampak tak sama macam apa yang saya nampak,” tuturku dingin.

  Tekakku terasa loya. Aku ingin bangun namun kekuatanku sudah hilang. Lelaki itu memandangku hairan.

  “Sa..ya nak mun..ntah,” ucapku tersekat-sekat. Lelaki itu membulatkan mata. Kemudian dia berlari keluar dan kembali semula ke dalam bilikku dengan bekas di tangan. Terus aku memuntahkan segala isi tanpa mengambil kira reaksi lelaki itu.

  Air mataku terus mengalir laju. Betapa aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Aku memegang kepalaku yang terlalu sakit.

  “Zuhur…” Aku memanggungkan wajah.

  “Macam mana awak tahu nama saya?” Suaraku mula naik satu oktaf.

  Namun lelaki itu tetap tenang. Bibirnya mengariskan senyuman. Siapakah lelaki ini dan kenapa dia berada di sini? Aku tidak kenal lelaki ini. Malah namanya tidak aku tahu.

  “Saya, anak Doktor Adam.”

  Dia! Insan yang acapkali mengirimkan kad kepadaku. Aku terdiam. Aku melarikan pandangan. Menengadah siling bilik yang sepi itu. Sepi seperti hatiku. Aku menghela nafas lemah. Dahiku ditekan berkali-kali.

  “Kenapa boleh ada kat sini?”

  “Dua hari lepas, saya nampak awak jatuh. Papa suruh saya tengok-tengokkan awak sebab keadaan awak tak baik. Awak..” Belum sempat dia meneruskan kata, aku sudah memintas.

  “Dua hari?”

  Lelaki itu mengangguk. Aku mengurut dadaku. Rupanya sudah dua hari aku terlantar tapi aku rasakan hanya beberapa detik aku berada di sini. Mujurlah nyawaku masih panjang. Alhamdullilah! Aku masih punya waktu untuk berada di atas muka bumi ini.

  Wajah redup itu aku pandang dengan ekor mata. Cermin mata tanpa bingkai miliknya terlurut jatuh ke pangkal hidung. Aku melarikan pandangan di saat dia perasan aku memandangnya. Bibirnya mengukirkan senyuman nakal.

  “Zuhur Aneesa..” Namaku diserunya.

  “Saya, Nufail Syahid.”

  Aku membisu. Syahid. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang baik dan ingin sekali aku mati dalam keadaan syahid. Sesungguhnya sakit ini bukan apa. Hanya picisan kecil dugaan untukku. Yang buat aku bahagia adalah mengadu dan memohon denganMu.

  “Zuhur…”

  “Saya nak berehat!” Terus aku menarik gebar selimut hingga ke paras dada dan membelakangkan dia. Seketika kemudian, kedengaran pintu ditutup rapat.

*****

  Tangannya ringan saja menghulurkan hirisan epal kepadaku. Aku hanya memandang sepi tanpa menyambut hulurannya. Perlahan-lahan aku memalingkan wajah. Dia merengus lemah. Sudah seminggu lebih aku menjadi penghuni bilik ini dan seminggu lebih jugak dia bertandang ke sini. Tidak jemu-jemu meskipun aku tidak berminat melayan kehadirannya.

   “Makanlah sikit.” Suaranya menerjah gegendang telingaku. Aku menggeleng tanda tidak mahu!

  “Zuhur, makan!”

  “Tak lapar,” tuturku acuh tidak acuh.

  Dan tanpa rela, dia memasukkan hirisan epal ke dalam mulutku. Mahu tidak mahu aku terpaksa telan meskipun tekakku sangat perit. Entahlah. Selera hilang entah ke mana. Yang aku tahu hanya memicit kepala, menangis dan mengadu dengan Yang Esa.

 “Kenapa awak layan saya macam ni?” Soalku ingin tahu.

  “Sebab saya….”

  Sesaat kemudian, dia meraup wajahnya. Cermin mata yang dipakai ditanggalkan lalu diletakkan di tepiku.

  “Saya cintakan awak..”

  Sekarang, aku benar-benar terpana. Untuk apa dia cinta sedangkan dia tidak kenal siapa aku? Adakah dia berkata begitu kerana kasihan dengan diriku?

  Tanganku meramas bucu selimut. Wajah itu langsung aku tidak pandang. Tidak perlu kasihan dengan diriku! Aku masih kuat. Buktinya, aku masih berada di sini. Betapa mudahnya lelaki ini mengungkap kata cinta.

  “Saya nak tidur,” ucapku dingin.

  “Awak selalu mengelak. Zuhur Aneesa, saya cintakan awak. Saya nak hidup dengan awak.”

  Aku memekakkan telingaku.

  Tubuhku berpaling. Tidak mahu menghadapnya. Mataku berair. Lantas hujung jariku mengesat birai mata. Semakin lama, aku rasakan aku bukan Zuhur Aneesa yang kuat. Apa-apa hal yang berkaitan dengan diriku pasti akan menyebabkan empangan mata ini pecah.

  Dan sekarang, aku tidak percaya kata-kata lelaki ini. Boleh saja dia mengujiku.

  “Saya tahu awak dengar. Zuhur, saya ikhlas nak memperisterikan awak. Berikan saya peluang.”

  Aku menyeringai. Lantas aku bangun menggunakan kekuatan yang aku ada.

  “Awak tak nampak? Awak tak nampak keadaan diri saya? Saya cuma tunggu masa nak mati!” Jeritku lantang. Bahuku terhinggut-hinggut menahan esakan yang semakin menggila. Dia tak akan faham apa yang aku rasa. Perit, pedih, sakit.

  Rasa itu tak mampu dikongsi. Rasa yang hanya aku dan Sang Pencipta yang tahu. Kalaulah aku mampu. Mampu melontarkan segalanya yang terbuku di hati. Zuhur Aneesa hanya manusia biasa.  Setabah-tabah aku, aku tetap akan kecundang di tengah jalan.

  “Zuhur Aneesa! Ini kali terakhir awak bercakap soal mati. Ramalan doktor tak semestinya benar. Saya tahu awak tertekan tapi percayalah, awak perlukan seseorang yang mampu menemani dan menjaga awak hingga ke hujung waktu.

  Setiap sakit itu ada penawarnya kecuali mati. Jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah.”

  Aku kembali membisu. Kepalaku berpinar. Terus tanganku memegang kepala. Ingin dihentakkan kepala ingin ke dinding supaya sakit boleh hilang.

  “Awak memang perlukan seseorang yang boleh jaga awak, Zuhur Aneesa.”

  Benarkan aku perlukan seseorang yang boleh menjagaku?

*****

  Kelopak mataku terbuka. Lelaki itu sedang tidur berbantalkan lengan. Hatiku sesak. Untaian hangat mula menyapa pipi. Aku kasihan dengan dirinya. Siang dan malam terpaksa menjagaku. Lelaki ini sudah menjadi suamiku! Ya! Suami.

  Tingkah lakuku memerhati dirinya membuatkan dia terjaga. Matanya digosok berkali-kali sebelum menggariskan senyuman. Ah! Senyuman untuk melindungi rasa penat.

  “Sayang nak minum air ke?”

  Aku menggeleng. Terketar-ketar aku mencapai tangannya.

  “Abang, maafkan Zuhur. Zuhur tak mampu jadi macam orang lain. Zuhur tak layak untuk abang. Kalau Zuhur tak ada nanti, Zuhur harap sangat abang boleh cari insan yang lebih baik dari Zuhur. Masa yang tinggal tak lama. Hanya beberapa minggu.

  Masa Zuhur sehingga November sahaja dan sekarang sudah bulan Oktober.”

  Lelaki itu mengelus pipiku lembut seraya menggeleng. “Tidak sayang. Kalaupun sudah tiba waktunya untuk sayang pergi, abang takkan pernah cari pengganti. Hanya sayang dan sampai bila-bila pun, tetap sayang sahaja.

  Abang tak pandai bermadah pujangga. Abang tak pandai meniti kata cinta tapi ketahuilah, abang berkahwin dengan sayang bukan kerana kasihan tapi kerana abang cintakan sayang.”

  Ya Allah, Ya Tuhanku. Betapa beratnya untuk aku pergi meninggalkan dia. Berikanlah kepada hamba-Mu ini kekuatan dan panjangkanlah umurku. 

  Dia melemparkan senyuman seraya mengesat air mataku menggunakan jari-jemari kasarnya.

  “Abang, benar di sebalik kepahitan yang DIA berikan, ada manis yang tak tersangka. Zuhur boleh pergi dengan tenang sekarang ni.”

  “Sayang, semoga panjang umur. Semoga kesempatan untuk sayang melihat dunia ini masih lama…”

  Amin! Tapi jika benar, masa untukku pergi semakin hampir, aku rela. Sesungguhnya Sang Pencipta tahu apa yang terbaik untukku.

bersambung..................


Mungkin ada yang kenal siapa ZA but believe me, kisah ZA tidak seperit ini. Hehe. Malah memorinya sangat bahagia jika hendak dibandingkan kisah ini. Ini kisah khayalan yang berdiri di sebalik kenyataan.

I don't know tapi aku tetap menulis sebab sangat stress dan tensyen gara-gara pidato and whatsoever. Bahagian kedua menyusul selepas ini. Yepz. Assalamualaikum..

Psss.. Nak sad ending or happy ending? Jawapan anda membantu saya sebenarnya :')

Benarkah kisah hidup Zuhur Aneesa sehingga November sahaja? Nantikan selepas ini. Harharhar




 
 


  


13 comments:

  1. Replies
    1. aaaa. Okeh! Hanna pun nak happy ending sebenarnya. Muehehe

      Delete
  2. Replies
    1. hang dgn mali sama ja. Org lain nak happy ending, hampa nak sad ending.. adoyai

      Delete
  3. ok cerpen ni a bit sedih kan. hmm mestila happy ending :)

    ReplyDelete
  4. nk happy ending please... hanna
    smbng lgi... hehe

    ReplyDelete
  5. happy ending please.doktor bukan tuhan.ajal maut dia tentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! Doktor hanya boleh meramal, sesungguhnya DIA yang menentukan

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...