Beg laptop aku galas
dan tangan kananku menjinjing beg kecil yang aku letakkan kain telekung. Peluh
berjejeran di dahi. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga tanpa menghiraukan
Mary dan Hawa yang sibuk berbual tentang novel. Kutahu jam sudah menginjak
pukul 5.45 petang dan sekolah makin lama semakin sepi kerana kebanyakan pelajar
dan guru sudah pulang. Para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mempunyai kelas
tambahan sehingga pukul 5.30 petang pun sudah pulang.
“Aku penatlah.”
“Kau ingat aku tak
penat?” soalku kepada Mary.
Wanita Cina yang
menganut agama Kristian itu sengih.
“Kalau budak-budak
tak dapat straight A dalam PMR dengan SPM memang nak makan penampar aku sungguh,”
tambah Hawa.
Aku kematian kata.
Langkah tetap dihayun. Kini berjalan menuruni jalan tar yang agak curam.
Langkah diatur dengan penuh berhati-hati.
Dan tiba-tiba
pandanganku dilabuhkan pada sebuah rumah agam tiga tingkat yang terletak di
tepi sekolah. Halaman rumah tersebut dipenuhi dengan lalang. Pintu pagar rumah
tersebut tidak tertutup rapat.
“Fahat, kau tengok
apa?”
Mataku jatuh pada
wajah Mary.
“Aku tengok rumah
tu.”
Wajah Hawa dan Mary
berubah. Dahiku berkerut.
“It’s a haunted
house, y’know. Do you know the story ‘bout the house?” soal Mary kepadaku.
Keningku terjongket
sebelum kepalaku digelengkan.
Banyak khabar angin
tentang rumah agam tersebut namun aku tidak ambil pusing sebab aku takkan ambil
tahu benda yang bukannya urusanku namun prinsipku tiba-tiba berubah hari ini.
Seolah-olah ada magnet yang menarikku untuk memandang rumah itu dan mengetahui
kisah di sebalik rumah itu.
Mary tarik nafas.
“Ceritanya bermula
lima tahun yang lalu.”
Dan Hawa terus
tolak kepala Mary. “Boleh tak cakap straight to the point je? Kau bukannya nak
masuk pertandingan bercerita bagai.”
Mary sengih.
“Sorry, sorry.”
“Cepatlah cerita,”
gesaku tidak sabar.
Gadis itu
mengangguk. Riak wajahnya kosong. Bola matanya berlari memandang rumah agam yang
lengang itu.
“Ada seorang lelaki bina
rumah tu lima tahun yang lalu dan siap setahun lepas tu. Orang cakap dia bina
rumah tu sebab rasa kasih kat bini dia. Alah! Macam Kellie’s Castle tu. And lelaki
tu ada seorang anak lelaki. Masa tu, anak lelaki dia umur 25 tahun. Tapi kalau
dia ada sekarang ni, dah umur 29 tahunlah. Sebaya aku, tua empat tahun daripada
kau dan tua tiga tahun daripada mek Hawa ni. Hari yang sepatutnya lelaki tu
bagi kejutan kat anak dengan bini dia, dia dengan bini and anak dia terlibat
dalam kemalangan depan rumah tu. Langgar lori minyak.
They died. Rentung.”
Air liurku terasa
pahit. Hawa dan aku saling berpandangan.
"Macam mana dengan anak lelaki dia tu?”
“Mati jugak ke?”
tanya Hawa teragak-agak.
“Korang ni mangkuk
sungguhlah. Kan aku cakap they died."
Erk. Aku terngadah.
“Tapi…” Kata-kata
Mary mati.
Keningku bertaut
rapat. “Tapi apa?”
“Orang cakap mayat
anak dia tu tak dijumpai. Puas cari tapi still tak jumpa. Orang cakap roh dia
tak tenteram dan tinggal di dalam rumah agam tu. Ada student aku nampak seorang
lelaki sedang berdiri kat salah satu tingkap kat dalam rumah tu sambil tengok
dia dengan pandangan yang menakutkan dan bila kalih sekali lagi, lelaki tu
lesap.
Kisah dia tu memang
misteri. Tak ada siapa tahu ke mana perginya jasad dia dan kenapa dia masih roh
dia masih berlegar-legar di dalam rumah tu. Misteri yang tidak akan terungkai
sampai bila-bila,” terang Mary panjang lebar.
Ayat terakhir Mary
menyentap telangkai hatiku tanpa aku ketahui asbabnya. Benarkah misteri itu tidak
akan terungkai sampai bila-bila? Kenapa tidak ada yang sanggup merungkai
sedikit demi sedikit misteri itu? Benarkah lelaki itu memang mati atau dia
masih hidup sebenarnya? Pelbagai persoalan singgah di fikiranku.
“Siapa beritahu kau
kisah ni? Jangan cakap mak kau yang beritahu.”
Tawaku meletus.
Ayat Hawa memang tak
boleh blah!
Wajah Mary masam
mendengar kata-kata Hawa. Tapi memang betul pun cakap Hawa. Selalunya Mary
punya ayat akan berbunyi mak aku yang beritahu.
“Student aku yang
beritahu,” bidas Mary.
“Cakap budak-budak
pun kau percaya eh?” Sinis saja Hawa menuturkan kata.
Bibirku mengoyak
senyuman tipis.
Hawa ni memang tak
sah kalau tak perli si Mary. Memang patutlah bilik guru riuh kalau Hawa dengan
Mary ada.
Setibanya di tempat
meletakkan kereta, aku letakkan bag laptop di atas tempat duduk sebelah
pemandu. Mary dan Hawa melangkah ke kereta masing-masing. Wajahku diangkat
memandang rumah agam tersebut.
Kelihatan seorang
lelaki memakai kemeja putih sedang berdiri di tepi salah sebuah tingkap aras
tiga rumah itu. Sehelai rambutnya terjuntai di dahi. Telapak tangan kanannya
diletakkan pada tingkap yang tidak terbuka itu. Pandanganku dan dia berlaga.
Dua ulas bibir itu kosong tanpa senyuman. Renungannya sangat tajam. Aku jadi
kaku. Lidahku menjadi kelu. Riak wajahnya turut kosong. Tubuhku menjadi kaku.
“A… aku nampak dia,”
ujarku payah. Pandanganku dialihkan. Aku pandang Mary dan Hawa.
“Huh?”
“Aku nam…” Jari
telunjukkan ditalakan pada tingkap di mana lelaki itu berdiri tadi dan
kata-kataku mati.
Lelaki itu hilang.
“Kau nampak apa?”
soal mereka berdua serentak.
Aku geleng kepala
tiga saat dan senyum.
“Tak nampak apa-apa
pun. Saja nak buat gempar,” tipuku.
“Mangkuk punya
Fahat. Aku punya jantung nak gugur dah tadi.” Mary menuturkan kata.
“Hehehe. Sorry. Dah.
Jom gerak. Nak dekat 6 petang dah ni.”
*****
Daun pintu aku tolak
berhati-hati. Peluh merenik di dahi. Jantungku berdetak laju. Hari semakin
gelap. Matahari hampir terbenam di ufuk barat. Sudah tiba waktunya untuk malam
menggantikan siang dan aku telah melakukan satu kerja gila! Kalau Hawa dengan
Mary tahu mesti aku kena marah punya. Sengaja nak cari masalah.
Selepas hampir
separuh perjalanan pulang ke rumah, aku berpatah balik. Memakirkan kereta di
hadapan sekolah dan berjalan kaki ke rumah agam tiga tingkat yang terbiar di
tepi sekolah.
“Assalamualaikum,”
ucapku perlahan sebelum masuk ke dalam rumah tersebut.
Langkahku diatur
dengan penuh berhati-hati. Aku memandang sekelilingku. Bersih! Langsung tidak bersawang.
Beberapa keping gambar tergantung elok pada dinding rumah. Setibanya aku di
satu ruang yang sangat besar yang kuagak ruang tamu, langkahku terhenti. Rahang
bawahku jatuh. Ruang tamu itu sangat bersih mengalahkan ruang tamu rumah aku.
Sofa-sofa dan meja makan dilitupi kain putih.
Kepalanya
didongakkan. Memandang siling ruang tamu. Terdapat chandelier putih.
Ni memang rumah
terbiar ke?
Namun tak dapat
kunafikan rasa seram tetap bertandang di hatiku. Aku menggosok lenganku.
Seluruh rumah ini gelap tanpa cahaya. Suram.
Cuping telingaku
tiba-tiba saja menangkap suara orang berdeham. Aku tersentak. Mataku membulat.
Aku menapak ke belakang.
“Kau buat apa kat
sini?” tanya satu suara kasar.
Tubuhku kaku.
Mulutku terkunci. Hanya memandang lelaki yang aku lihat sebentar tadi melompat
dari aras dua. Dia berdiri di hadapanku.
Aku melihat wajahnya yang pucat. Seperti tadi, renungan itu sangat tajam.
“Siapa bagi
kebenaran untuk kau jejakkan kaki ke dalam rumah ni?” Sekali lagi dia bertanya.
Dan aku tetap
terdiam. Tubuhku menggeletar.
Fahat, kau memang
sengaja nak cari masalah.
Lelaki itu meluru ke
arahku. Dalam sekelip mata, hujungku daguku dipaut kasar. Dinginnya jemari yang
menyentuh daguku dan hujung pisau menyentuh anak tekakku.
“Kenapa kau masuk
sini?”
“Sa… saya.”
“Saya apa?”
tengkingnya.
Kus semangat aku.
Mangkuk betul hantu ni. Main tengking-tengking pulak. Ni mesti masa hidup pun
tak reti nak bersopan.
“Le… paskan pi…
pisau ni. Sa… saya tak bo… boleh n… nak cak… cakap.”
Dia merengus kasar.
Pisau dijatuhkan. Pautannya di daguku dilepaskan. Lelaki itu melompat ke atas
meja makan dan duduk bersila.
“Kau ni gagap ke
apa? Cakap tersekat-sekat.”
Aku bukan gagaplah.
Cuma takut. Kang tak pasal-pasal dia bunuh aku. Aku tak mahu jadi hantu sekali
dengan dia.
“Now, tell me.
Kenapa kau masuk sini?”
“Saya nampak awak
petang tadi kat tingkap. Saya tertanya-tanya pasal awak. Tu yang saya masuk
sini.”
“Kau ni perempuan
yang aku nampak kat tepi sekolah tu tadi kan?”
Kepalaku dianggukkan
laju.
“Err… awak ni
manusia ke hantu?”
“Rupa aku ada ke
macam hantu? Rupa aku ada ke macam manusia?”
Huh? Kenapa ayat dia
macam dia ni bukan manusia atau hantu? Takkan dia ni vampire yang kacak macam
Edward Cullen pulak. Hahaha.
“Rupa awak adalah
sipi-sipi rupa manusia dan banyak peratus macam hantu,” cakapku telus.
Matanya membuntang.
“Macam hantu kau
cakap?” Dia berang.
“A’ah. Atau awak ni
manusia sebenarnya?”
“Tak. Aku memang hantu
dan aku suka makan budak perempuan macam kau. Hahaha.”
Erk.
Sekali lagi aku
menapak ke belakang. Dia tengok aku dan senyum sinis.
“Better kau berambus
sebelum aku makan kau.”
Aku mula mengatur
langkah pergi namun laungannya menghentikan langkahku. Mataku jatuh pada wajah
pucat itu. Wajah yang hampir tidak dapat aku lihat dengan jelas kerana terlalu
gelap. Yang kudengar dengan jelas hanyalah suaranya.
“Esok kau datang
sini bawak nasi ayam. Faham?”
Dan entah kenapa,
aku mengangguk tanda setuju.
“Dah. Balik.
Kedatangan kau ni buat menyemak rumah aku je.”
Langkah kembali
diatur.
“Sebelum aku
terlupa, aku nak beritahu yang aku takkan makan kau sebab kau tak lawa.
Hahaha.”
What?
Aku kembali
berpaling untuk memarahinya. Dan… lelaki itu hilang. Yang dengar hanyalah
tawanya. Bulu romaku meremang. Kedengaran sayup-sayup azan Maghrib
berkumandang. Aku pandang kiri dan kanan sebelum berlari keluar.
Dan ada satu
persoalan yang singgah di mindaku. Diakah lelaki yang Mary ceritakan siang
tadi?
untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)
Assalamualaikum. Haip! Dah lama tak menulis. Alhamdullilah. Hanna baru saja habis exam. Baru beberapa hari yang lalu dan sudah terlalu bosan. Terima kasih kepada mereka yang wish gud luck kat fb. Terlalu terharu dan thanks again kepada mereka yang selalu support hanna dalam bidang penulisan. I'm not a writer. I'm a penconteng. Orang selalu tanya bila mahu ada novel dan diri ini terkedu. Hehehe. Tolong doakan hanna. Masih siapkan mss yang merapu ya amat.
Sorry kalau contengan ini tak best. Dah lama tak menconteng maka i'm losing my way. Kisah ni memang agak mengarut but i wanna spread my imagination. Maaf untuk grammar yang berterabur dan spelling yang mungkin salah. Tak cek pun untuk kali kedua. Baca sepintas lalu saja. Tak *danish : means thank you* sejuta kali untuk mereka yang baca kisah ni. I owe you guys a lot. Hehehe. Hanna harap anda boleh drop komen so that Hanna boleh tahu pandangan anda tentang Misteri ini.
May Allah bless all of you :)
smbng la lagi pasal lepa kahwin.... haha
ReplyDeletebest2
haa? lepas kahwin? heeee. insya-Allah kalau ada idea, hanna sambung.
Deletethanks, kak <3
as always. superb! >__<
ReplyDeletenaaa. ma... na ada superb. hanna ni biasa2 ja. akak yang superb okeh
Deletepa pun, thanks ya sebab sudi baca and komen. heee
best..nama yg unik..hihi
ReplyDeletesambung lagilah...buat after kawen..
hehehe. trimas2. pasal nama tu, hanna cari kat internet ja.
Deleteafter kahwin? hehehe. insya-Allah hanna akan buat kalau ada idea
kalau bce cite hanna kalau tak sengih mmg tak sah...(Y)
ReplyDeletehihih
hiksss. hanna kalau baca komen akak memang tak boleh tak sengih.
Deletethanks ya sebab sudi baca and komen <3
Tip top....hehe...caya lah...selamanya mnjadi misteri....ahhaks!! =)
ReplyDeletekan. bior selamanya menjadi misteri. baru superb. muahaha
DeleteCiter yang awak buat memang lain dari yang lain. Best! :)
ReplyDeletetak adalah lain sangat. hehehe. merapu macam ni sebab terlampau banyak baca manga. hehehe.
Deletethank you <3
Wow... So sweet! Bez... *thumbsup*
ReplyDeleteheee. terima kasih <3
DeleteBesttttt sngtt.....
ReplyDeletete... rima kasih :)
Deletehaha. x matang sungguh laki tu. tapi comel! sukasukasuka :)
ReplyDeleteSambung lagi
ReplyDeleteSambung lagi
ReplyDeleteOmg seriously you said "FULL" tapi bila bukak last last tak habih pun cerpen. Macam ni ka FULL? Dahla xbgtau kat mana nak beli atau baca full cerpen. SERIOUSLY PLS TELL WHERE TO BUY OR WHERE TO READ!!!!! Ada yg u cakap dah terbit dalam buku. Cakaplah buku apa. Kot lah org terbeli buku sej mengharapkan FULL cerpen u dalam tu. Who knows? No im not one of your haters, i love your story but u should make it easy for your readers too. Come on, just tell us where to read the FULL story. Thats it. I love your stories and i hope u will make it easier for us to read yours. Thank you!
ReplyDeleteSambungla awak ...
ReplyDeleteDah lama tunggu tapi tak sambung2 pun... Sambunglah awak
ReplyDeleteApe ni ? Misteri memang lah tapi tak de ending
ReplyDeleteDkat mne smbungan crita ni ?
ReplyDeleteKlau x da idea pembaca boleh tolong awak ..sharing is caring ..
ReplyDeleteCitee awakk best... Tapi bnyak terhnti dekat tengah... Better awak tulisss smpai abizzz
ReplyDeleteCitee awakk best... Tapi bnyak terhnti dekat tengah... Better awak tulisss smpai abizzz
ReplyDeleteKnpa cerpen genk kita ni GANTUNG ???xbestla...cntnue plz
ReplyDeletelain kli jgn tulis full kat tajuk klau citernya TAK FULL LANGSUNG...!!!!!!O.K
ReplyDelete...!!!!
Tolonglah sambung
ReplyDeleteCerita ni unik
Sambung lah.. Apa cerita gantung ni... Baru nak lyn syok II tergantung pulak citer ni.. Brrr bosan
ReplyDeleteTak Ada sambungan ke?
ReplyDelete