cerpen : Kerana Pastel

   Adrian yang sedang bercakap non-stop tidak ku pedulikan. Bukannya cakap pasal benda yang aku tahu. Asyik cakap pasal bola, kereta. Mana la aku minat. Dia ni pun satu. Time aku sibuk la nak cari aku. Tak boleh nak hidup senang langsung.

   Tapi Adrian kan sahabat susah dan senang aku. Semuanya secara kebetulan. Kalau tak disebabkan arwah Pastel, pasti aku dan Adrian macam anjing dan kucing. Hurmm. Terus aku teringat arwah Pastel.

“Wei Hanna! Yang kau termenung tu pehal? Dengar tak aku cakap?”

Aku mengangguk tapi Adrian masih belum berpuas hati.

“Kau dengar apa? Mesti kau tak dengar kan? Ala! Jangan tipu aku la. Aku..”

Adrian! Please stop!” jeritku lantang seraya air mataku bercucuran keluar. Macam hujan la pulak. Adeh!

Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Pasti tengah berfikir salah dia tu. Ni yang aku suka sangat ni. Pasti dia akan rasa bersalah kalau aku nangis. Tak senang duduk macam ada pepijat.

Peluh mula menitis. Tadaa! Pasti dah bersalah sangat dah kalau peluh dia keluar. Air mata aku dalam diam adalah senjata yang terhebat. Tak perlu bazir duit belum bom.

“Syuuh! Jangan la nangis. Ala. Kalau kau tak nak dengar cerita aku sudah la tapi tak payah la nangis. Muka kau mengalahkan asam kau tahu.”

Aku mencemik. Ada saja modal dia nak sakat aku. Lantas aku mengesat air mata yang tak berhenti mengalir. Degilnya air mata aku ni. Sebijik macam aku!

“Apa la kau ni Adrian! Bukan sebab kau la aku nangis. Gila ke apa aku nak nangis sebab ayat kau.”

“Habis asal kau nangis? Ye la. Kau kan sensitif. Nangis je kerja kau. Salah sikit, nangis. Gurau sikit nangis.”

 Ngee! Mamat ni memang tak boleh pakai la. Biar la dengan aku nak nangis ke tidak. Air mata aku. Sakit aku. Menyibuk betul la. Kang aku nangis lagi baru kau tahu. Masa tu baru tergedik-gedik nak pujuk.

 Hurmm. Aku pandang taman permainan yang menjadi saksi pemergian Pastel. Memang aku sedih bila ingat kembali peristiwa tu. Kejadian tu berlaku betul-betul depan mata aku. Senyuman dia, gelak tawa dia selalu aku ingat.

 Kan bagus kalau Pastel masih ada. Boleh kami bertukar pendapat. Main sama-sama. Adrian tu memang la kawan aku tapi tak rapat sangat. Dia laki, aku perempuan. Harus ada batas.

“Ei minah ni. Termenung lagi. Cepatlah cakap,” gesa Adrian.

“Hurmm…”

“Asyik-asyik hurmm. Hurmm kau buat apa. Cepatlah!”

Aku mengeluh berat. Susah betul cakap dengan mamat sengal ni.

“Aku teringatkan Pastel la…” ujarku perlahan. Adrian diam! Tanda dia terkedu. Pasti dia merasa bersalah atas kematian Pastel. Aku juga begitu tapi ini semua takdir.

Sakit memanglah sakit tapi aku harus terima. Harus relakan pemergian Pastel. Kalau dia boleh berkorban untuk kedamaian aku, kenapa aku tak boleh?

PASTEL memandangku lalu mengukirkan sebuah senyuman. Indah seperti dirinya. Anak kelahiran Indonesia yang berhijrah ke Malaysia tika dia masih kecil lagi. Cantik dan tinggi budi pekertinya. Namanya juga indah.

Bukan sepertiku. Seorang yang degil. Terlalu degil. Kami berbeza tapi hati kami tetap sama. Bertahun-tahun aku mengenalinya. Tak jemu nak pandang dia. Comel sangat.

“Hanna…”

Aku menoleh ke arahnya. Suka sangat panggil nama aku. Adeh!

“Ye saya. Ada apa cik Pastel?” soalku sambil membuat muka tidak bersalah.

Pastel boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia. Ye la. Dah bertahun tinggal kat sini tapi rajin juga dia balik Indonesia. Muahaha. Aku pun selalu la dapat ole-ole. Dah penuh dalam almari aku tu.

Bangga aku! Apa yang buat aku kagum dengan Pastel ni adalah ketabahan dia. Kesabaran yang tinggi. Aku tak boleh nak bersabar macam dia. Ye la. Aku selalu masuk carta 5 Hot Fm.

Dia? Carta 5 Cool Fm. Adeh! Sakitnya kepala aku ni. Siapa yang baling batu pulak ni?

   “Opps! Terkena pulak! Sorry yea Hanna. Aku tak sengaja.” Huh! Ni yang aku bengang ni.

“Banyak la kau tak sengaja! Kau tak nampak ke huh aku ada kat sini? Bodoh!” tengking aku. Pastel ku lihat seperti cuba memikirkan jalan untuk menghentikan pertengkaran.

Relaks Pastel. Ni baru permulaan.

“Eh! Si cengeng dah marah la. Takutnya I,” ejek Adrian.

“Wei mat! Boleh blah la! Dah la baling batu kena kepala aku. Sakit tahu tak. Bukannya nak minta maaf.”

Ni salah satu punca aku masuk carta 5 Hot Fm. Adrian tak guna punya pasal. Lelaki campuran Malaysia dan Indonesia. Ada ke macam tu? Ada la tu. Suka sangat buat aku sakit hati. Tatau ada apa dalam kepala otak dia.

Dah bertahun aku bermusuh dengan dia. Memang sakit hati gila!

    “Aku minta maaf kat kau? Oh tidak. Takkan!”

“Wei sengal! Kau memang nak kena,” ujarku dengan nada yang tinggi lalu membaling seketul batu tepat mengena kepalanya.

Huh! Puas hati aku. Opss! Wajahnya sudah kemerah-merahan. Siap sedia. Incredible Hulk dan muncul. Ekekeke.

“Bodoh!!!!!”

“Haha. Kau la bodoh.”

Terus aku dan Adrian berlawan membaling batu. Sakit sikit je. Macam kena gigit semut. Cengeng-cengeng aku pun aku kuat la.

“Sudah!” jerit Pastel lantang. Adeh! Aku tak ingat la tadi Pastel sekali dengan aku.

“Bila korang nak berhenti bertengkar? Baik kita berdamai.”

“Berdamai? Tu kerja paling bodoh aku pernah buat rasanya. Tak akan sampai bila-bila,” ucap Adrian selamba.

Aku memeluk tubuh. Tensyen! Tengok! Macam mana aku nak berdamai dengan dia sedangkan dia sendiri tak nak berdamai. Perdamaian takkan terjadi kalau hanya sebelah pihak yang nak berdamai.

Betul ke? Ok tak. Fakta aku sebentar tadi salah tapi apa pun, aku takkan berdamai dengan Adrian tak guna tu. Nehi!

CERMIN MATA yang ku pakai aku tanggalkan. Rimas gila. Tu la. Nak sangat kan pakai cermin mata. Kan dah menyesal. Hape la aku ni.

“Hanna…”

Tengok! Nama aku lagi. Hehe

“Ye sayang. Nak apa?” soalku pada Pastel.

“Pastel nak Hanna dan Adrian berdamai,” ujarnya penuh yakin.

What? Berdamai? Kerja gila tu nak berdamai dengan Adrian tak guna. Dia pun tak nak berdamai dengan aku. Takkan aku nak tergedik-gedik berdamai dengan dia.

“Nehi! Aku tak akan berdamai dengan dia!”

“Tapi sampai bila? Sampai bila kau nak bergaduh macam ni?” lirihnya perlahan.

Aku tersilap tika ini. Amarah terlebih dahulu menguasai aku. Kalaulah aku boleh undur masa, pasti bukan ayat ini yang aku pilih. Bukan ayat ni!

Arggh! Semua ni silap aku. Bukan ayat ni la aku nak cakap kat kau tapi aku terlambat.

“Kalau kau mati baru aku dan si Adrian tak guna tu berdamai!”


AKU memuncungkan mulut tanda merajuk. Kenapa Pastel tak nak pergi taman pulak? Selalunya dia yang beria-ia. Hisyy! Dah la aku tak ada mood nak duduk rumah. Ni yang aku tak puas hati ni.

   Pastel sejak akhir-akhir ni jadi pendiam. Hairan I. Bukan macam selalu. Sebab apa ya? Hurmm.

   “Jomlah. Ala. Temankan aku. Please!” rayuku. Muahaha. Gembiranya aku bila Pastel setuju.

Mood aku yang baik terus spoil bila nampak si Adrian kat taman. Memang tak boleh blah sungguh. Macam la tak ada tempat lain dia nak main. Kat sini juga dia nak main. Aku dan Pastel berdiri di tengah-tengah jalan.

Ini salah satu kecuaian aku. Betapa bodohnya aku tika ini.

“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang ke? Bodoh!” tengkingku pada Adrian.

Pastel terkebil-kebil memandangku.

Tanpa ku duga, Adrian membaling seketul batu besar dan tika batu itu hendak sampai di kepalaku, Pastel menolakku dan aku terjatuh. Pastel tak dapat mengimbangkan badan dan masa itu juga, sebuah lori datang lalu melanggar tubuh kecil milik Pastel.

Aku terkejut! Adrian tergamam! Darah membuak-buak keluar dari mulut Pastel. Tidak ku pedulikan jeritan kanak-kanak di sekelilingku. Pastel kena langgar!

“H..ann.a. Aku dah nak pergi. Kau cakap bila aku mati je kan, kau dan Adrian berdamai. Sekarang, aku kena tunaikan janji kau,” ujarnya tersekat-sekat.

Aku mengangguk. Air mataku mengalir. Degil! Bodohnya aku! Kenapa la aku tersilap cakap???

   "Hanna, jangan tunggu sampai aku mati. Aku nak kau dan Adrian berdamai. Kita ditakdirkan bersaudara, bukan bermusuhan,” ujarnya lalu memegang tanganku dan tangan Adrian. 

Aku memandang Adrian lalu kami bermaaf-maafan dan akhirnya Pastel pergi menghadap Yang Esa. Pergi tika mengajarkan aku erti kedamaian. Al-Fatihah untuk Pastel. Seorang gadis yang inginkan kedamaian sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Akhirnya ku temui kedamaian. Lebih baik dari pertengkaran rupanya. Semua tu mengajarkan aku erti kedamaian. Menyakitkan aku dengan pertengkaran yang berlaku selama ini.

“Pastel dah pergi. Aku sayang kau. Tengok! Aku dan Adrian dah berdamai. Selamat tinggal Pastel,” bisikku perlahan di telinga kanan Pastel.

Adrian mengangguk tanda setuju.    

Sakit memanglah sakit tapi aku harus terima. Harus relakan pemergian Pastel. Kalau dia boleh berkorban untuk kedamaian aku, kenapa aku tak boleh? Hanna


6 comments:

  1. mmmg menarik....
    menitis air mata mbaca karya hanna nie...
    gd jobs...
    sukar utk mcari rakan baik seperti pastel tue....

    ReplyDelete
  2. thanx ya kak sbb baca.., hurmm.. memang susah nak cari kawan sebaik Pastel.. :(

    ReplyDelete
  3. so touching story...
    about kedamaian...bgus2..

    ReplyDelete
  4. haha.., semuanya kerana pastel... x ada pastel, x jadilah cerita ni.. thanx ya sbb baca..

    ReplyDelete
  5. @superbb, x,, cerita ini hanya coretan biasa.. x ada kena-mengena dengan sesiapa..

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...