review enovel Iman Harraz


Siapa dia ni? Tak kenal pun aku. Huahua. Hanna! Stop merapu. Macam mana aku boleh minat sangat dengan Iman Harraz ni? Ok! Aku godek-godek dekat P2U dan terjumpalah novel yang tersangatlah mantap ni dan apa yang buat aku sakit hati adalah sambungan tak ada dekat P2U bila aku nak baca! Akhirnya aku mengambil keputusan untuk add si penulis dan tadaaa! Aku dapat baca sambungannya.. Meskipun jenuh tunggu dari satu bab hingga ke satu bab. Kesian kak Mia. Selalu kita tanya dekat dia bila next Iman Harraz ada. *aku kejam macam Hitler..

Hurmm. Kenapa aku suka Tuan Muda Iman Harraz? Kerna dia ni ada ciri-ciri lelaki idaman aku. Sombong, ego, hensem. Arggh! Si penulis berjaya buatkan aku jatuh cinta dengan Tuan Muda Iman Harraz. Kalaulah kak Mia letak nama aku sebagai watak utama kan best. Haha. Aku banyak dengar orang cakap cerita ni macam cerita korea tapi percayalah kak Mia, cerita tu tajuk dia pun kita tak pernah dengar. Cara dia cakap, perbuatan dia memang boleh buat kita rasa kita dekat tempat Irin dan ada masa kejadian tu berlaku. Cayalah! Kak Mia terbaik!

Kan bagus kalau ada cinta terlarang. Contohnya atuk Irin kena bunuh dan dia buat wasiat semua harta dia akan diberikan kepada Irin jika Irin berkahwin dengan Iman Harraz. Syafiq yang tidak berpuas hati datang membalas dendam. Wohoo! Gempak. Lepas tu buat mak su Irin pisahkan Irin dengan Iman Harraz. Buat la part sedih juga. Irin pregnant dan Iman Harraz tak mengaku anak dalam kandungan Irin tu anak dia.. *adeh! apa la aku ni. Macam la cerita ni aku punya tapi tak apa. Tapi dia orang bercinta ke? haha

Irin ni jenis lembut dan blur. Bagi dia famous dan lupakan Iman Harraz yang jaga dia. Kak mia, bagi orang geram tahap siput sedut dekat mak su tu. Kegeraman tak cukup tinggi la. Iman Harraz kena hempuk bagi ego lagi. Misteri tu memang ada tapi kena perkukuhkan. Buat flashback ke apa ke. Lepas tu masa dia orang nak jejak kisah lama Irin, bagi ada yang terkorban atau nyawa di hujung tanduk. 

Cerita ni memang berlainan dari cerita lain sebab jangkaan untuk mereka bercinta tiada langsung! Boleh jadi Irin akan bercinta dengan Syafiq dan boleh jadi juga dia bercinta dengan Iman Harraz. Mungkin boleh buat dia orang jatuh miskin ke. Haha.. *idea memang banyak kat kepala kita tapi kita tahu, bukan semua boleh pakai. 

Suka Iman Harraz. Lagi suka kalau Iman Harraz tu kita yang punya! Aku di sini kerna kau yang mahu aku terus berada di sini - sungguh! kita terlalu suka dengan ayat ni. Menampakkan ciri-ciri Iman Harraz. Love u Iman Harraz! Haha. 

p/s: kak Mia, maaf la ya kalau ulasan ni tak seberapa. Kita tulis bukan sebab nak buku cerpen tu. No.. no tapi sebab kita suka Iman Harraz lorrh! Kalau diberi pilihan antara duit dan Iman Harraz, kita pilih Iman Harraz. haha.. *gatal.. semoga kak mia tak pening dengan ulasan ni.

with love - Hanna Aleeya

5 comments:

  1. seriusly hanna, akak memg selalu lupa nk update kat p2u, hahaha.. memg kesian readers kt p2u yg tertunggu2 sambgnnya.

    the best things bila yg tukang review adalah penulis jgk is... diorg bleh nmpk part mana yg perlu diperkukuhkan lagi. hahaha ;p

    ok.. akak akan cuba mantopkan lagi part2 misteri tu, hehehe..

    and again, thank u hanna sbb suka iman harraz, thnk u sbb nak buat review ni dua kali, thank u sbb...

    sebab semualah! hihi ;D

    ReplyDelete
  2. @mia kaftiya,kesian orang yang tunggu nak baca dekat P2u.. ok.. bagi ada misteri.., wc.. ala.. iman harraz kan suka dekat kita.. haha

    wc...... hehe

    ReplyDelete
  3. @SyUhAdA, cita ni memang best,,, meletop! hehe

    ReplyDelete
  4. Nama anak I ialah iman harraz. Coincidence nama sama... ;)

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...