cerpen : Janji Dia


note : Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendaki. (Al Maidah : 1)

  Skreet! Aku cuba menahan basikal milikku bertembung dengan BMW 530 yang dipandu laju namun aku gagal. Sekelip mata kereta mewah itu melanggarku dan terus tubuhku melambung lalu terjatuh di atas tar. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Orang ramai mula mengerumuni tubuhku. Saat itu juga terbias wajah seorang lelaki yang keluar dari tempat pemandu. Kacaknya! Haisyy. Sempat lagi aku ni.

  Pandanganku berbalam. Dan kelopak mataku terus tertutup.

  Jari-jemariku bergerak. Kelopak mataku terbuka. Jelas suasana asing. Siling putih dan bilik yang luas terdampar di mataku. Aku cuba untuk bangun namun bahuku terlalu sakit.

  “Cik dah sedar?” Tegur satu suara. Terus mataku jatuh pada wajahnya. Nurse!

  “Tunggu sekejap saya panggil doktor.”

  Aku hanya membisu. Masih blur sebenarnya. Tadi aku di atas jalan tar dan sekarang di atas katil.

  Sejurus kemudian, pintu ditolak dari luar. Seorang doktor wanita mendekatiku lalu memeriksa tubuhku. Aku hanya mengangguk apabila dia bertanya. Penat untuk bersuara.

  Sedang doktor itu bertanya, pintu bilikku diketuk. Aku menjongketkan kening. Terus nurse itu membuka pintu. Seorang lelaki lingkungan 20-an mendekatiku. Dia menjinjing beg plastik berisi makanan. Dahiku berkerut.

  Sepertinya aku pernah lihat wajahnya. Sah! Lelaki ini ialah lelaki yang melanggarku. Hampagas punya mamat. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku layangkan penampar sulung di pipinya kerana melanggarku tapi kesian pula. Kacak sangat!

  “Im, kalau kau buat hal lagi, siap kau!” Keras saja suara doktor itu menerjah gegendang telingaku. Lelaki kacak itu hanya ketawa.

  “Adik tak apa-apa?” Soal lelaki itu usai doktor dan nurse meninggalkan kami.

  Aku menggeleng walhal hatiku menahan amarah yang amat. Tengok aku pun tahu aku sakit.

  “Maaflah. Abang pandu laju tadi.”

  “Tak apa. Hal kecik ja,” tipuku. Kecik la sangat! Kalau aku mati macam mana?

  Mataku tertutup rapat seketika sebelum teringat sesuatu. Terus aku cuba bangun. Lelaki itu memandangku hairan. Hairan melihat aku yang terkial-kial cuba bangun dan turun dari katil. Saat kakiku hampir mencecah lantai, pergelangan tanganku dilelarnya.

  Aku mendongakkan wajah lalu memandangnya tajam. Tanda menyuruh dia melepaskan tanganku. Namun dia hanya membuat tidak tahu. Ngee. Geramnya. Tahulah berlapik tapi aku tak suka.

  “Lepaslah,” tuturku kasar. Lelaki itu menggeleng.

  “Nope! Nak pergi mana? Doktor tak bagi pergi mana-mana.”

  “Orang nak pergi kenduri kahwinlah! Akak orang kahwin. Mesti dia cari orang.”

  Terus aku teringat akan kenduri kahwin kakakku yang ketiga. Matilah. Tadi aku keluar dari majlis itu kerana membeli garam. Dan sekarang aku terdampar di hospital. Mesti dia dah bising semacam. Mak pun mesti dah risau. Kalau ayah ada, mesti dia turut risau. Haih! Rindu ayah tapi nak buat macam mana. Allah lebih menyayangi dia.

  Pegangan dikendurkan dan perlahan-lahan dia melepaskan pergelangan tanganku.

  “Jom!” Ajaknya.

  “Pergi mana?”

  “Kenduri kahwin kakak adiklah.”

  Rahangku jatuh.

*****

  Dan sejak hari itu aku rapat dengannya. Ungku Imam Fakih. Haha. Mula-mula aku dengar namanya, aku ketawa. Nama yang pelik.

  “Err. Encik nama siapa?” Soalku ingin tahu.

  “Ungku Imam Fakih,” jawabnya sambil meneruskan pemanduan.

  Pecah ketawaku. Imam? Imam masjid mana? Muehehe.

  Tawaku terhenti di kala dia mengerlingku tajam. Wajahnya merah. Rahangnya turun naik.

  “Kenapa gelak?”

  “Hee. Saja.”

  Bunga-bunga cinta mula bertamu di hati. Aishh! Teruk betul aku ni. Dia cuma anggap aku macam adik dia saja. Tapi aku tak berdaya menghalang rasa itu bertandang.

  Baru 18 tahun dah gatal! Kalau mak tahu, mesti kena piat telinga. Lagipun dia sudah tua. 24 tahun. Mustahil baginya untuk tidak bercinta lagi. Tambahan pula, dia punya pakej yang lengkap. Kacak, tinggi, kaya, pandai, sasa dan yang paling penting, baik.

  Aku bernyanyi kecil sambil mengemas katil. Jam pada dinding bilik aku tatap. Adeh! Aku sudah lewat. Janji nak jumpa dia pukul 8. Sekarang dah pukul 9. Terus aku mencapai beg sandang milikku lalu berlari mendapatkan basikal.

  Basikal berwarna ungu yang dibeli oleh si Fakih sebagai ganti basikalku yang dilanggarnya beberapa bulan lepas. Mak bising suruh aku jangan terima tapi melihat raut wajah Fakih yangt bersungguh-sungguh, aku terima jugak. Hasilnya, mendengar leteran mak selama 72 jam.

  “Adik..” Aku diseru. Aku mendekati lelaki itu.

  “Hehe.. Sorry lambat.”

  Dia hanya menggariskan senyuman nipis sambil mengangguk. Aucch! Hensemnya.

  Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Kedai makan ini lengang.

  “Kenapa nak jumpa orang?” Soalku ingin tahu. Semalam dia menelefonku dan menyatakan dia ingin berjumpa denganku. Ada hal penting katanya.

  “Hurmm. Sebenarnya ada benda abang nak beritahu adik.”

  Aku mengangguk. Segelas teh ais yang belum terusik yang aku pasti milik Fakih aku capai lalu aku menyisip air itu. Muahaha. Memang jahat.

  “Abang cintakan adik.”

  Mataku membulat. Rasa seperti air liur tidak boleh ditelan dan jantung berhenti berdegup seketika.

  “Apalah encik ni. Tak lawak pun gurauan encik tu.”

  Aku ketawa kecil tapi tidak lama kerana anak matanya menerobos dalam anak mataku. Terus aku mengambil keputusan untuk menekur lantai. Tidak berani menatap wajahnya.

  “Abang tak bergurau. Abang cintakan adik sejak pertama kali kita jumpa.”

  “Hurmm..” Tidak tahu ingin berkata apa. Lidahku sungguh kelu meskipun hatiku tersangatlah bahagia.

  Suasana sepi mula membelenggu kami. Aku berasa sangat janggal. Tulah. Lain kali kalau cinta jangan beritahu. Nanti aku hidap penyakit bisu.

  Lelaki itu terus dan terus memandang wajahku. Aku mula berasa tidak selesa. Tanganku menggaru dahi.

  “Abang nak sangat terus berada di sini tapi esok abang kena pergi Australia.”

  Keningku bertaut rapat. Aku menghela nafas lemah.

  “Kenapa?” Ajuku dingin dan perlahan.

  “Papa abang panggil abang balik sebab tak ada orang jaga adik-adik abang. Papa sibuk sampai tak ada masa nak jaga adik-adik abang.”

  “Ohh..”

  Lelaki ini pernah memberitahuku bahawa dia punya empat orang adik lelaki yang berusia 17, 15, 12 dan 11 tahun. Dan dia punya kembar lelaki. Kembar! Juga punya dua orang abang yang sudah berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur. Papanya bekerja di Australia dan punya syarikat perkapalan. Nama apa aku pun tak pasti. Mamanya sudah lama meninggal gara-gara kemalangan jalan raya.

  Di sini, lelaki ini bekerja sebagai seorang jurutera kilang. Bila ditanya kenapa tidak bekerja dengan keluarga, jawapan cukup mudah. Nak cari pengalaman.

  “Tapi abang janji bila abang balik Malaysia, abang akan cari adik. Abang nak kahwin dengan adik,” tuturnya bersungguh-sungguh. Aku tersenyum kelucuan. Gaya tak ubah seperti kanak-kanak.

  Aku kerling jam pada pergelangan tangan. Sudah terlambat untuk aku pergi kerja. Kerja cuci pinggan jerk. Terus aku bangun.

  “Orang nak kena pergi kerja. Assalamualaikum,” ucapku seraya melangkah pergi meskipun berat sungguh ingin meninggalkan dia. Mungkin ini akan jadi pertemuan terakhir. Arggh! Pedulikan.

  “Adik!” Kakiku berhenti melangkah.

  “Ya?”

  “Nama adik siapa?”

  Aku hanya tersenyum. “Orang akan beritahu nama orang bila encik dah balik sini. Orang tunggu encik.”

*****

  Lima tahun! Lima tahun aku menunggu dia tapi sehingga kini dia masih belum muncul. Janji dia memang tak boleh pakai. Huh! Jangan berjanji kalau hanya tahu memungkiri. Lima tahun bukannya sekejap. Lima tahun aku tutup hati ini dari mencintai mana-mana lelaki selain dia.

  Pintu bilikku diketuk.

  “Masuklah!” Jeritku lantang.

  Terus tombol pintu milikku dipulas dan kakakku yang ketiga membolosi ambang pintu. Hanya dia yang aku ada sekarang ini selepas mak menemui ajal tiga tahun lalu. Kakakku yang pertama dan kedua menetap di Selangor.

  Dia berjalan di hadapanku lalu melabuhkan punggung di birai katil.

  “Tadi, mak Ikmal datang.” Ya! Kak Suraya mula membuka hikayat cinta. Tak suka aku. Aku muda lagilah. Baru 23 tahun.

  “So?” Soalku meskipun aku tahu tujuan mak Ikmal datang ke sini. Tak hingin aku kahwin dengan doktor tu. Mesti setiap hari asyik cakap pasal kesihatan.

  “Adik, lupakan saja lelaki tu. Lima tahun! Lima tahun bukan masa yang sekejap. Entah-entah dia dah berkahwin dan ada anak.”

  Aku memalingkan wajah. Memakukan pandangan pada wajah dia. Aku mencekakkan pinggang.

  “Orang tak rasa ada masalah kalau orang tak nak lupakan dia. Dia dah janji yang dia akan tunggu orang.”

  Memang ikutkan hati aku ingin melupakan dia tapi tak terdaya. Janjinya masih bermain di fikiranku dan aku pegang janji itu.

  “Adik ni tak faham bahasa sungguh! Lupakan dia dan terima Ikmal. Ikmal baik. Ikmal kacak. Ikmal kaya. Ikmal… lalalala.” Terus dan terus kakakku bercerita pasal Ikmal.

  “Akak, kenapa akak kahwin dengan Abang Azfar?”

  “Sebab akak cintakan dia.”

  Aku mengangguk. Masa bermain dengan psikologi.

  “See! Kalau akak tak cintakan dia, akak takkan sama sekali berkahwin dengan dia. Samalah macam orang.”

  Kakakku mula merengus kasar. Aku menggariskan senyuman nakal. Tahu dia sudah kehilangan kata-kata.
  Ungku Imam Fakih, di mana awak? Huhu.

*****

    Aku menyorong basikal ungu ini. Tayar pancit ler. Lengan baju kurungku aku gunakan untuk mengelap peluh yang bertamu di muka. Nampak macam gadis pingitan sungguh sorong basikal dan memakai baju kurung. Dan saat aku ingin melintas jalan, sebuah kereta BMW 350 hampir melanggarku. Aku bagaikan patung. Hanya mampu berdiri kaku.

  Brek ditekan secara mengejut dan si pemandu keluar dari perut kereta. Wajahnya merah menahan amarah.

  “Kau ni tak ada otak ke, huh?” Tengkingnya. Terkejut semua urat saraf aku. Kus semangat.

  Pandanganku jatuh pada wajahnya. Darahku berderau. Dia! Ungku Imam Fakih.

  “En…” Belum sempat aku meneruskan kata, seorang wanita cantik turut keluar dari perut kereta.Cantik! Dan lengan Fakih dipautnya.

  “Sayang, janganlah marah.” Pujuk wanita itu lembut.

  Aku menekur jalan tar. Teganya dia menduakan aku. Benci!

  “Maafkan saya. Saya pergi dulu,” tuturku sopan lalu mendirikan basikalku yang terjatuh. Empangan mataku sudah pecah. Rasa sakit mula menggantikan rasa cinta di hati.

  Bodohnya aku. Mencintai dia sepenuh hati. Benar kata orang. Kalau sayang, jangan sayang sangat-sangat. Sekarang hati yang terluka. Ngee. Ikutkan hati, memang Fakih makan penumbuk aku. Geram! Sedih! Semuanya berada di hati aku.

  Dan saat itu juga hujan mula membasahi bumi. Aku terus dan terus menyorong basikalku. Untaian hangat sudah menuruni lekuk pipi sekaligu menodai wajahku.

  “Fakih, setakat ni saja orang cintakan awak. Lepas ni orang dah tak nak ingat awak. Orang benci awak. Benci!!!” Jeritku geram. Basikal ditolak jatuh. Puas hati aku. Tak boleh buat tuan dia, buat barang pemberian dia pun dah kira bagus.

*****

  Atas permintaan kakak, terpaksa juga aku keluar dengan Ikmal. Bila dia bertanya, aku hanya membisu. Bosan!

  “Nur Naazneen..”

  “Apa?” Ajuku geram.

  “Saja. Saya suka panggil nama awak. Hehe.”

  Mamat ni sewel. Buat sakit hati saja. Aku memeluk tubuh. Gilos asbestos mamat ni. Sejuk. Penyaman udara buka macam aku ni manusia kebal sejuk.

  “Awak tak cintakan saya, Naaz?”

  Aku mengangguk. Berkatalah benar walaupun pahit. Dia membrek kereta secara terkejut. Mataku membulat. Jantungku berdetak laju. Mamat ni nak bunuh aku ke?

  “Awak ni kenapa?” Bentakku kasar.

  “Awak tak cintakan saya? Naaz! Saya bazirkan masa selama ni sebab saya ingat awak cintakan saya. Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa?” Dia bagaikan dirasuk. Bahuku digugahnya berkali-kali.

  Saat aku ingin keluar dari keretanya, dia menghalangku. Pintu dikuncinya. Cis! Tanganku diraihnya kasar.

  “Wei, mangkuk! Lepaskan aku.” See! Dah terkeluar bahasa sopan.

  “Saya takkan lepaskan awak. Awak kena cakap awak cintakan saya.”

  Gila punya mamat. Terus aku menggigit lengannya. Dia mengaduh kesakitan. Muahaha. Aku memang juara gigit orang. Kan dah kena. Padan muka! Gatal sangat pegang tangan aku. Dia belum kenal aku ni siapa.

  Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku dan tempat yang menjadi mangsa gigitanku dibeleknya. Dia mengusap lengannya berkali-kali sebelum merenungku. Pasti tidak sangka aku seganas ni. Hei! Jangan menilai luaranku. Memanglah aku stok budak suka pakai baju kurung tapi aku ni manusia brutal.

  “Awak ni kasar la. Kalau macam ni, saya tak naklah kahwin dengan awak. Saya nak cari orang lain,” putusnya lalu mengetap bibir.

  Bibirku menguntumkan senyuman manis lalu menepuk tangan. Oh. Bahagianya hati ini.

  “Baguslah. Dah! Sekarang, tolong buka kunci ni. Saya nak keluar.”

  Dia mengangguk lemah dan aku terus menapak keluar dari perut keretanya. Tak mahu aku balik rumah dengan dia. Baik balik naik teksi atau bas.

  “Terima kasih, Ikmal. Harap awak jumpa your Mrs right. Assalamualaikum.”

  “Wa’alaikumsalam. I’m sorry.”

  Aku menggeleng lalu mengangkat tanganku dan sesaat kemudian, keretanya meluncur laju membelah jalan raya yang tidak pernah sunyi. Sekarang, aku nak balik macam mana? Mataku melilau mencari perhentian bas dan aku memakukan pandangan pada Star Parade yang berdiri megah di hadapanku.

  Boleh dating dengan buku. Bagus sungguh si Ikmal cari port nak gaduh tadi.

   Aku bernyanyi riang sambil memanjat tangga Star Parade. Nak naik eskalator takut la pulak. Biasalah. Aku ni gayat sikit.

  Dan sedang aku berjalan, tubuhku berlanggar seseorang. Hampir saja tubuhku menyembah lantai kalau insan ini tidak meraih pergelangan tanganku.

  “Maafkan saya.” Darahku berderau. Cis! Ingatkan kaum sejenis. Terus aku merentap kasar tanganku. Nak kena gigit?

  Aku memanggungkan kepala untuk melihat wajahnya. Darahku berderau. Lidahku kelu. Apa yang si Fakih buat kat sini?

  “Adik…” Aku berpaling untuk melangkah pergi namun tubuhnya menghalangku.

  “Boleh dak pi tepi sikit?” Aku mula melontarkan suara ala-ala minah Kedah sejati.

  Bibirnya melakarkan senyuman sambil menggeleng.

  Aku merengus kasar seraya cuba melangkah. Dia mengeluh lalu mengekoriku.

  “Adik tak happy ke boleh jumpa abang?”

  Happy? Happy kepala otak kau. Hati aku sakitlah!

  “Kalau tak nak makan penumbuk, jangan ekori orang lagi. Orang tak suka!”

  “Kenapa ni? Abang ingatkan adik gembira tapi sebaliknya.”

  “Ngee. Jangan ikut oranglah!” Suaraku mula naik satu oktaf. Orang sekeliling dah mula tengok pelik. Lantaklah. Aku naik angin dah ni.

  Kalau peristiwa yang menyakitkan itu diulang kembali, aku pasti layangkan penampar di wajahnya namun aku tak sekuat mana. Hanya menangis dan terus menangis macam budak bodoh. Sekasar-kasar aku, aku tetap gadis biasa.

  Siapa yang tak sakit hati bila orang yang dah berjanji nak hidup bersama kita sudah mendirikan rumah tangga. Siap bermesra lagi. Mana aku tak sakit hati. Ingat aku ni mesin yang tak ada perasaan ke? Ingat aku tak reti menangis ke?

  “Adik…”

  Aku memalingkan tubuh. Mataku membulat melihat dia melutut di hadapanku. Aiyak! Malunya.

  “Eii. Bangunlah,” gesaku. Darah merah sudah menyerbu wajahku.

  “Tak nak!”

  “Bangun!”

  “Tak nak!”

  “Ikut suka hati enciklah.”

  Terus aku memulakan langkah. Ekor mataku menjeling pada wajahnya. Dia meraup wajahnya. Jelas terpancar riak kesedihan. Huh! Padan muka. Balasan untuk menyakitkan hati aku.

  Dan saat aku mengorak langkah, tanganku dilelar.

  “Kita perlu berbincang!”

*****

   Air milo yang aku pesan masih belum terusik. Macam mana nak minum kalau sedari tadi Fakih memerhati setiap tingkah lakuku. Nak kontrol ayu, takut nanti melebih-lebih sampai masuk tahap mengada-ngada.

  “Mana isteri encik?” Soalku setelah sekian lama hanya mendiamkan diri.

  Fakih menjongketkan kening tanda tidak faham soalanku.

  “Buat-buat tak faham pulak!”

  Aku panas dah ni. Kesian bini dia.

  “Apa yang adik cakap ni? Abang tak fahamlah.”

  “Tak faham apa? Tak faham apa yang orang cakap ka?”

  Bibirnya mengukirkan senyuman seraya menggeleng. Oh. Kacaknya dia. Haisyy! Apalah aku ni.

  Jam pada pergelangan tangan aku kerling. Mesti kakak cari aku. Tak apa. Carilah. Nanti baru menyesal nak jodohkan aku dengan Ikmal. Suka hati dia ja nak kenenkan aku dengan orang. Cuba dia yang kena. Mesti menangis tak ingat dunia.

  Huhu. Aku rasa macam nak nangis.

  “Adik kenapa?” Lembut saja suaranya menerobos gegendang telingaku.

“Encik yang ada masalah sekarang ni! Kahwin tak beritahu. Lima tahun lepas janji nak balik Malaysia dan jumpa orang. Tskk.. Tskk..” See! Aku dah menangis.

  Aku menggenggam penumbukku. Kahwin pun boleh lupa. Memang sah nak makan penampar ni.

  Sejurus kemudian dia ketawa. Dahiku berkerut. Ada masalah mental ke?

  “Adik, yang kahwin tu bukan abanglah. Kembar abang. Ungku Iman Fakih,” tuturnya sambil menekan perut berkali-kali.

  Kembar? Allah! Aku terlupa Fakih ada kembar. Makan semut banyak sangat. Malunya! Emo terlebih. Ngee. Tak tahu nak letak muka kat mana. Sudahlah menangis macam budak kecik. Kakak-kakak aku tengok mesti bantai gelak.

  Nur Naazneen! Anda sudah memalukan diri anda.

  “Lain kali siasat dulu. Ni tak. Duk tuduh abang bukan-bukan.”

  Aku merengus. Manalah aku tahu. Dah muka sama. Naik kereta sama. Memanglah aku ingat Fakih.

  “Biarlah..”

  “Yelah. Adik..”

  Adik, adik, adik! Naik bosan aku. Panggilah nama aku. Panggil aku adik buat aku rasa aku muda belia walhal dah 23 tahun. Dah kerja pun.

  “Hurmm?”

“Jom kahwin!”

  Kahwin? Lambat-lambat aku menelan air liur yang dirasakan seperti pasir. Betul ke? Ah! Bahagianya aku.

  “Jom!” Ucapku terus tanpa berfikir. Eh! Aku cakap jomlah. Malunya. Pantas aku menyembamkan muka ke meja makan. Dia hanya ketawa dan terus ketawa.

  “Adik. Adik nama siapa?”

  “Nur Naazneen,” balasku ringkas. Jujur aku katakan aku tidak pernah memberitahu dia namaku. Malas nak beritahu. Nanti setiap masa nama aku diseru.

  “Nur Naazneen, saya cintakan awak. Kita kahwin ya?”

  Aku mengangguk perlahan. Bahagia mula datang menggantikan rasa sakit yang bertandang di hati. Nasib baik Ungku Imam Fakih tidak memungkiri janji. Dan nasib baik Nur Naazneen setia menunggu. Janji dia telah dia tunaikan. Semoga rumah tangga yang bakal dibina kekal hingga ke akhir hayat. Kekal hingga ke syurga.



Selamat Hari Raya kepada semua.. Orang raya, aku baca buku. Muehehe. Maaflah kalau tak best. Aku ni walaupun easygoing, tak reti buat kisah happy. Hanna Aleeya dan masuk mood nak membebel panjang. Apa pun, terima kasih kalau ada yang baca. Assalamualaikum - Salam sayang, Hanna Aleeya





18 comments:

  1. haha..best, lawak jew..serius sweet..gudjob..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho. Rasa happy jap sebab tetiba hanna ada keyakinan nak buat cerita happy

      Delete
  2. Replies
    1. ecececeh. Awat boleh sesat sampai sini? hekhek

      Delete
  3. Best sangat cite ni!!! good job miss writer ^___^

    ReplyDelete
  4. hahahah hati dah sakit blh luper yerk kwn 2 ad kembar???

    ReplyDelete
  5. alahai , kalau panjang lagikan best . hehe . tapi pape pon , B E S T

    ReplyDelete
  6. best cerpen ni congrate kpd writer :)

    ReplyDelete
  7. best nye citer ni...

    ReplyDelete
  8. Lawaknyerrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  9. lawak giler!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...