cerpen : Sehari Tanpa Dia 2

SEHARI TANPA DIA 2

Sepuluh tahun berlalu…

  KLIA sesak dengan lautan manusia. Aku mengoyak senyuman di kala dapat mengecam susuk tubuh seseorang yang berdiri membelakangiku. Sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak bertemu dengan dia. Sungguh dia sibuk dengan perniagaannya dan aku belajar untuk berdikari di negara orang. Tiada istilah mengada atau merajuk lagi.

  “Baby dah balik!” sapaku. Memang ada gaya mengada.

  Lelaki itu berpaling. Bibirnya mengoyak senyuman manis. Tangannya didepakan seolah-olah ingin merangkul tubuhku dan aku menunjukkan penumbuk yang tidak sebesar mana. Pecah tawanya. Dia menggeleng.

  Megat Khilfi tidak banyak berubah. Masih punya senyuman yang sama.

  “Baby cantik!”

  “Memanglah. Kan baby ni your baby, your sister and your…”

  “Girlfriend,” sambungnya sebelum kami sama-sama ketawa.

  Tiga orang lelaki mampir dan menunduk. Mencapai semua luggage milikku. Aku hanya memerhati tanpa kata. Inche Yang Aku Benci ni memang layan aku seperti anak kecil sungguh! Bukannya aku tak boleh bawa luggage aku sendiri.

  Aku berjalan seiring dengannya menuju ke tempat meletak kereta.

  “Cuti hari ni?” soalku ingin tahu.

  Dia menggeleng.

  “Half day je. Asal?”

  “Lorh. Bos pun ambik half day. Cuti je lah. Company bukannya nak rugi pun,” komenku geram.

  Bos pun nak ambil half day. Mesti pekerja kat company dia jarang ambil cuti sebab bos pun tak cuti. Haih! Sudahlah belum berkahwin. Tahun ini, seorang Inche Yang Aku Benci sudah berusia 35 tahun. Sikit masa lagi, akan dapat title bujang terlajak. Sejak dia putus tunang dengan minah plastik tu, dia jadi lelaki yang sibuk 24 jam.

  Dia senyum sebelum langkahnya mati di hadapan sebuah BMW X6 hitam metalik. Keningku dijongketkan memandang dirinya.

  “Abang beli kereta baru?”

  “Not mine. Baby punyalah.”

  “Nanana.Thanks but no thanks. Isti tak nak kereta ni.”

  “Kenapa?”

  Aku menggariskan senyuman nipis. Tubuhku disandarkan pada pintu kerete mewah itu. Aku jual kereta tu, boleh hidup untuk beberapa tahun akan datang tanpa bekerja. Goyang kaki sepanjang masa. Isti, sedarlah! Kereta tu bukan milik kau.

  “Isti nak kereta lain. Bukan kereta ni.” Keluar sudah aura manja.

  “Kereta apa?”

  Yes!

  “Kelisa putih,” balasku selamba.

  Rahangnya jatuh. Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali.

*****
  Seorang perempuan menunduk. Aku melemparkan senyuman nipis. Mataku liar memandang lobi bangunan setinggi 24 tingkat ini. Sumpah Inche Yang Aku Benci ni kaya gila dan ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Patutlah keluar duit nak beli BMW sebijik macam keluar duit beli cekelat sekupang.

  “Cik nak jumpa siapa?”

  “Nak jumpa Inche Yang Aku Benci,” tuturku di luar sedar.

  “Haa?”

  “Sorry. Nak jumpa Megat Khilfi. Dia ada?”

  Dahinya berkerut. Seorang gadis muda di sebelahnya mengoyak senyuman sinis. Apa? Salah ke aku nak jumpa dia?

  “Cik ada buat appointment dengan dia? Dia bukannya cleaner, cik. Dia bos kat sini,” sampuk gadis muda itu dan perkataan bos ditekannya.

  Takkanlah aku nak buat appointment dengan Inche Yang Aku Benci tu. Kelmarin dia yang cakap aku boleh datang sini sesuka hati. Ni setakat aku tanya pun mulut dah bising semacam. Tahulah aku ni nobody tapi aku nak jumpa si somebody. Tahulah macam mana aku nak fire Megat Khilfi tu. Kalau tahu ni yang jadi, tobat aku tak mai dah.

  Aku menghela nafas lemah. Jariku menekan dahi.

  “Baby!”

  Kepalaku dipalingkan. Lelaki itu berlari mendekatiku.

  Dah tua pun lari macam budak tak cukup umur.

 Sepasang matanya bersinar-sinar. Lelaki di belakangnya menunduk. Aku menunduk kembali. Memang sakitlah kepala aku dua tiga menjak ni. Asyik tunduk je.

  “Datang pun.”

  “Memanglah Isti datang sebab tu abang nampak Isti sekarang ni tapi kenapa susah sangat orang nak jumpa abang?”

  Muncung ditarik sebelum menggeleng. “Mana ada. Senanglah sebab tu Baby boleh jumpa abang sekarang ni.”

  Erk!

  “Jomlah. Kita pergi tengok kereta yang Baby nak beli tu.”

  “Yeay! Sayang abang.”

  Dia senyum.

  “Sayang Baby jugak.”

******

  Satu demi satu kereta aku pandang. Si penjual membuat muka toya. Penat agaknya kerana dari tadi aku hanya memandang kereta tanpa menyatakan hasrat untuk membeli. Inche Yang Aku Benci berdiri di sisiku. Keningnya dijongketkan bertanya kereta apa yang ingin aku beli. Dia pun dah bosan agaknya.

  Kadang-kadang, aku tertanya-tanya bilakah seorang Megat Khilfi akan mendirikan rumah tangga. Dia terlalu sibuk dengan dunia perniagaannya dan diriku. Aku boleh menjaga diriku sendiri. Aku sudah berusia 25 tahun okey!

  “Tak jadilah beli kereta. Nanti kalau Isti nak pergi mana-mana, Isti minta tolong driver hantarkan. Jom kita pergi makan. Isti dah lapar ni.”

  “Wokeh! Baby nak makan apa?”

  “Cendol pulut dan laksa!” jeritku gembira.

  Dia mengangguk. Meninggalkan aku untuk mengambil keretanya di car parking. Lelaki yang membuat muka toya tu pun blah. Geram dengan aku agaknya. Tengok kereta kemain lama tapi tak beli pun.

  Aku keluar dari kedai itu dan berdiri di tepi jalan. Inche Yang Aku Benci tu ada di seberang jalan. Lintas je lah.

  Saat aku melintas jalan raya yang sesak itu, sebuah motorsikal meluncur laju dan melanggarku. Aku terjatuh. Menyeringai kesakitan. Lututku terasa sakit sekali. Bibirku diketap. Kolam mataku sudah bergenang.

  Penunggang motorsikal itu dan motorsikalnya terus blah.

  “Sayang!”

  Untuk pertama kalinya, seorang Megat Khilfi menyentuh lenganku dan aku menepi. Dia mengangkat tangannya tanda tidak sengaja.

  “Sorry. Baby okey?” soalnya risau.

  Wajahku diangkat. Pandanganku dan dia bertaut. Ada getar di hatiku. Satu rasa yang tidak pernah aku sangka bertamu di hati. Tidak! Perasaan ini salah. Terlalu salah. Aku tidak boleh mencintai seorang lelaki yang menganggapku sebagai adiknya.

  Jarinya tetap menyentuh lenganku. Tidak dipedulikan berpasang-pasang mata yang melihat.

  “Tak apa. Berlapik,” tegurnya.

  Aku menggeleng sebelum bangun. Dia turut bangun. Mengambil handbag milikku.

  “Baby boleh jalan? Nak abang tolong?”

  “Nope. I’m fine. Jom kita balik.”

  “Kita gi klinik dulu. Then, kita balik.”

  “Kita balik terus je. Bukan sakit pun.”

  “Hurmm. Baru ingat nak ajak Baby ikut abang pergi jamuan kat rumah Datuk Asri.”

  “Nak ikut!”

  “Tak boleh!”

  “Sayang Baby tak?” Aura gedik mula keluar.

  “Sayang,” ujarnya lemah.

  “Bolehlah Isti ikut.”

*****

  Banglo tiga tingkat itu aku pandang lama. Semua kereta yang dipakirkan di seberang jalan merupakan deretan kereta mewah. Setakat ni, tak jumpa lagi kereta Kancil, Kelisa, Vios, Exora. Yang aku jumpa Bently, Hummer dan macam-macam lagi.

  Inche Yang Aku Benci tersenyum. Ah! Sehari tanpa dia, hatiku macam nak hilang rasanya. Hati, mengapa harus mencintai dia?

  Mataku jatuh pada tubuhku. Baju kurung putih dan bawal putih. Hurmm…

  “Abang, Isti nak baliklah.”

  “Kenapa?” tanya dia hairan.

  “Malulah. Isti pakai baju kurung yang harga 40 ringgit je,” terangku jujur.

  “40 ringgit ke, 40 juta ke, Baby tetap nampak lawa. Dah! Jom kita masuk.”

  Aku macam kerang busuk dah ni. Dari tadi, duk senyum. Megat Khilfi entah menghilang ke mana. Kalau nak hilang pun, bawaklah aku sekali. Jangan tinggal aku macam ni.

  “Teman wanita Khilfi kan?” sapa satu suara.

  Dahiku sudah berlapis. Seorang lelaki yang memakai baju batik berwarna biru muda dan slack hitam mendekatiku. Mengoyak senyuman manis sebelum duduk tidak jauh dariku. Kalau duduk sebelah aku, memang nak makan penyapu maknanya.

   Aku menggaru kepala yang dilitupi tudung.

  “Bukan. Saya a…”

  “A’ah. Dia memang teman wanita aku. Kenapa?” sampuk Megat Khilfi yang entah muncul dari mana.

  Mataku membuntang. Inche Yang Aku Benci… opss! Inche Yang Aku Suka berdiri di sebelahku. Wajahnya masam.

   “Bila masa Isti teman wanita abang?” soalku perlahan. Cukup untuk aku dan Inche Yang Aku Suka dengar.

  “Sejak Baby mula-mula datang rumah atuk.”

  Aku menjulingkan mata.

  “Bila korang nak kahwin?”

  “Bila kau dah kahwin,” jawab Inche Yang Aku Suka selamba.

  “Lambat lagilah. Baby, ni kawan abang. Amri. Que Amri.”

  “Bukan Que Haidar?”

  Tawa dia pecah sebelum menggeleng.

  “Bukan. Baru balik dari Japan kan?”

  “Yepz. Buat engine kat sana lepas tu melepak setahun.”

  Dia angguk.

  “Korang bila nak kahwin?” aju si Que.

  Aku dan Inche Yang Aku Suka senyap. Saling berpandangan. Kenapa dia kena tipu Que Amri ni?

  Sedari tadi, aku hanya membisu. Melarikan pandangan di saat pandangan kami bertembung. Jantungku berdetak laju. Dia turut senyap. Dirasakan seperti aku sedang duduk di sebelah orang yang tidak dikenali. Rasa kekok, janggal. Pengakuannya tentang hubungan kami berdua memang tak masuk akal dan dia seolah-olah memberikan aku satu harapan. Sungguh aku tidak mahu berharap apa-apa!

  Keretanya diberhentikan di tepi jalan. Aku memandangnya.

  “Abang nak cakap sesuatu.”

  Aku angguk tanda membenarkan dia berkata-kata.

  “Abang dah 35 tahun,” ujarnya lemah.”

  Lelaki itu mengoyak senyuman kelat. Tangannya dibawa ke belakang kepala dan tubuhnya disandarkan pada seat kereta. Sepasang mata bundar itu tetap jatuh pada wajahku. Okey! Aku nak cair dah ni.

  Dan aku dah 25 tahun. Betapa pantasnya masa berlalu. Oh ya. Masih belum punya kesempatan untuk bertemu Aqilah.

  “Isti tahu.”

  “Dan abang perlukan seseorang yang boleh jaga abang, jaga anak-anak abang dan bahagiakan abang.”

  “Pergilah cari. Banyak perempuan lawa kat Malaysia ni.”

  “No need. Abang dah ada pilihan tapi…”

  “Tapi apa?”

  “Abang tak tahu yang dia nak terima abang ke tak.”

  “Cubalah tanya dia.”

  “Tengah tanyalah ni,” jawabnya sebelum sengih.

  “Haa?”

  “Nak tak kahwin dengan abang?”

  “Kenapa pulak Isti kena kahwin dengan abang?”

  “Sebab abang cintakan Baby, sayangkan Baby dan nak bersama dengan Baby. I want you as my wife. Can I?”
 
BERSAMBUNG


haip! Sejuta kali maaf sebab hanna tak dapat siapkan STD malam ni. Dari pukul 8 sampai 4 duduk rumah kawan buat kerja kursus dan malam ni ada kenduri sikit sebab my sis balik India so, setakat ini saja hanna mampu tulis dan maaf atas segala kekurangan.

drop komen kalau rajin ya. Insya-Allah esok hanna post last part







  

16 comments:

  1. sudi tak isti??? sudi laaaaaaaa.. kalau tak sudi bagi dekat sayalahhhhh/// ahahahaa.

    ReplyDelete
  2. Comelnyaaa cerita. Sambung sambung ! ^_^
    -Mrs Bond-

    ReplyDelete
    Replies
    1. writer dia tak comel? ahah
      nanti hanna sambung

      Delete
  3. folio sej dgn geo ek? sya pun kena buat juga..
    nak lagi baca.. cpt2 smbg..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. penat buat. huhuhuh
      wokeh. nanti hanna sambung

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih sejuta kali sebab baca. Ya ya. Nanti hanna sambung

      Delete
  5. Replies
    1. depa ja yang romantic. hanna ni duk mantain muka toya

      Delete
  6. yay! Inche Yang Aku Suka dah melamar Isti! harap Isti terima...
    now, move 0n to epis0de 3! let's go babe! shishishi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia tak terima? O.o
      yeah. Let's go

      Delete
  7. Replies
    1. really miss your best. Lama tak dengar kabo

      Delete
  8. sambung...sambung..xsbr nk bace lagi..

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...