cerpen : Sehari Tanpa Dia

SEHARI TANPA DIA

  “Siapa tak hadir angkat tangan.” Serentak itu, pecah tawa semua pelajar di dalam kelasku. Hanya aku yang tersenyum sumbing.
  Hatiku terasa tawar untuk sama-sama bergembira. Aku ligat berfikir cara untuk aku meloloskan diri dari ‘istana’ indah itu. Setiap hari, ada saja peluang untuk aku pergi namun entahlah. Diri ini tidak pandai memanfaatkan peluang yang ada.

  “Istiqamah….”

  Wajahku diangkat. Gadis yang mempunyai wajah bujur sirih itu merenungku dan mengoyak senyuman manis. Berseri-seri saja wajahnya.

  “Kau okey?” ajunya perlahan. Takut didengari oleh Cikgu Mustafa. Buruk padahnya sekira dia menangkap kami bersembang.

  “Okey.”

  “Muka kau pucat.” Ada nada risau dalam bicaranya.

  Kepalaku digeleng lemah. Jari-jemariku mengetuk meja. Aku memandang kosong papan putih sebelum kembali memandang Aqilah. Wajahku pucat kerana terlalu sibuk memikirkan cara untuk aku melarikan diri. Memang susah untuk lari. Ada saja orangnya yang mengawasiku. Setiap minit dan setiap saat aku tidak akan hilang dari pandangan mereka.

  Semua pelajar senyap. Melakukan kerja sendiri. Kalau rasa nak berlari sepuluh pusingan di padang, bolehlah bising.

  Aku memandang lelaki yang berpakaian serba hitam yang berdiri di ambang pintu kelas. Nafas dihela lemah. Mana mungkin aku mampu melarikan diri. Inche Yang Aku Benci tu memang sengaja nak sakitkan hati aku.

  Memang aku bencikan dia. Dia! Lelaki yang annoying.

  “Aku nak larikan diri,” ujarku lemah.

  “Hurmm. Harap kau berjaya. Dah 66 kali kau cuba larikan diri dan 66 kali kau gagal. Aku kesian dengan kau. Inche Yang Kau Benci tu memang sengal sungguh!” kutuk Aqilah geram.

  Aku senyum.

  “Dia yang jaga aku, Aqilah. Aku banyak terhutang budi dengan dia dan aku harus pergi dari rumah tu.”

  “Boleh ke kau jaga diri? Kau baru 15 tahun tau. Okey! Aku ada idea. Kalau kau berjaya larikan diri, kau datang rumah aku. Umi aku konpom bagi kau duduk rumah aku. Ganbatte!”

  Moga aku berjaya melarikan diri dan moga Inche Yang Aku Benci boleh hilang sesaat dari pandangku. Sehari tanpa dia, sungguh aku bahagia.

*****

  Peluh mula merenik di dahi. Aku berpaling seketika. Fuh! Mereka tidak dapat mengesanku. Sedikit saja lagi dan aku akan berjaya. Helahku menjadi rupanya. Taklah bagus sangat orang-orang Inche Yang Aku Benci tu. Aku cakap aku nak terkucil pun percaya. Tu alasan budak kecik je lah. Tapi bagus juga hamba-hamba Allah tu percaya.

  Aku berhenti di hadapan sebatang pokok. Tubuhku disandarkan pada batang pokok itu. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Tanganku memegang dada yang sakit.

  “Penat ek?” sapa satu suara.

  Darahku berderau. Wajahku diangkat lambat.

  Lelaki itu mengatur langkah mendekati. Sehelai sapu tangan menyapa dahiku. Disekanya peluhku penuh sopan. Aku kematian kata. Macam mana Inche Yang Aku Benci ni boleh ada di sini? Cubaanku untuk melarikan diri gagal lagi.

  “Baby tak payah cuba nak lari. Abang tetap akan dapat bawa Baby balik ke rumah.”

  “Nama aku bukan Baby tapi Safa’ Istiqamah!” jeritku lantang.

  Dia tersenyum dan menggeleng. Sesaat kemudian, dua orang wanita muncul. Tanganku dipegang. Mencerlung mataku memandang mereka. Dadaku berombak kencang.

  “Cik Safa’, jom balik.”

  Mahu tidak mahu, aku terpaksa akur juga. Kang ada jugak pistol singgah kat dahi aku.

  Tubuhku dihempaskan ke atas sofa. Langsung tidak menghiraukan Inche Yang Aku Benci yang sedang berdiri di hadapanku sambil memeluk tubuh.

  Sejak aku kecil, aku dibesarkan oleh datuk Inche Yang Aku Benci. Kata dia, aku dijumpai di tepi jalan dan setelah siasatan demi siasatan dilakukan, aku hanya seorang anak yang sebatang kara. Ibu dan ayah telah meninggal dunia. Datuk? Nenek? Lagilah aku tak ada. Dengah baik hatinya, atuk telah membelaku sehinggalah aku berusia 12 tahun. Selepas atuk meninggal dunia, aku terus dijaga oleh Inche Yang Aku Benci sehingga kini.

  Berada di bawah jagaan lelaki itu seolah-olah berada di bawah pemerintahan raja yang zalim. Aku tidak dibenarkan keluar tanpa kebenarannya. Dikawal ketat! Dan disebabkan perangainya yang menjengkelkan, aku cuba untuk melarikan diri namun selalu saja gagal.

  “Kenapa Baby ni degil sangat? Kenapa nak larikan diri?” soalnya geram.

  “Hidup Istiqamah, Istiqamah punya pasallah!”

  Lelaki itu menggeleng.

  “Cik Safa’ Istiqamah berada di bawah jagaan saya iaitu Encik Megat Khilfi. Dan abang nak Baby tahu yang abang takkan pastikan Baby boleh lari dari rumah ni. Teruk sangat ke abang ni sampai Baby nak pergi?”

 Aku merengus kasar dan aku bingkas bangun. Anak mataku menerobos dalam anak matanya.

  “Isti nak pergi dari sini. Abang bukannya abang Isti dan ni bukannya rumah Isti. Abang memang teruk. Abang kawal kehidupan Isti. Abang tak ada hak nak kawal Isti!” Air mataku mula berguguran.

  Tangannya cuba menyentuh pipiku namun diturunkan semula. Tersedar yang aku bukan adik kandungnya atau saudara susuannya. Memang dari dulu dia begitu. Hampir saja menyentuhku dan akan diturunkan tangannya tatkala menyedari hakikat sebenar tentang hubungan kami berdua. Sungguh memang bertuah siapa yang menjadi isterinya. Cuma part annoying tu tak boleh kikis lagi.

  Dia meraup kasar wajahnya. Lelaki itu menapak ke belakang dan melabuhkan punggung di atas sofa kulit. Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri.

  Kadang-kadang, aku kesian juga dengan Inche Yang Aku Benci tu. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan si tunang yang mengada je lebih dan sibuk menguruskan aku yang tersangat degil. Tu lah. Siapa suruh tak bagi aku pergi dari sini.

  “Baby, abang buat semua ni demi kebaikan Baby jugak. Abang kawal Baby sebab abang tak nak Baby jadi macam budak-budak kat luar sana. Abang nak Baby jadi perempuan yang baik, matang, berilmu dan beriman. Tu pesan atuk sebelum dia pergi. Kalau Baby lari pun, Baby nak duduk mana? Baby hanya ada abang sorang je.

  Abang sanggup korbankan segala-galanya asalkan Baby ada di sisi abang, jadi budak baik dan tak larikan diri.”

  Aku terdiam.

  Dia menggariskan senyuman nipis.

  “Kalau orang suruh pilih Baby atau tunang abang, nescaya abang akan pilih Baby. You’re my baby, my sister and my girlfriend,” ujarnya sebelum meletuskan tawa.

  Aku menarik muka.

  Telefonnya berdering. Lelaki itu menyeluk saku slacknya.

  “Abang kena pergi dulu. Kak Syazwani nak jumpa abang. Malam nanti abang balik lagi. Jangan cuba nak larikan diri. Orang abang selalu ada untuk perhatikan Baby.”

*****

  Aqilah menepuk bahuku. Aku menjulingkan mata. Dia tertawa sebelum mengambil tempat di sisiku. Beg sekolahnya diletakkan di atas meja bulat. Orang-orang Inche Yang Aku Benci memandangku tanpa suara.

  “Kenapa kau tak balik lagi?” aju Aqilah hairan.

  “Aku tunggu kau balik. Orang dah ramai balik. Takkanlah kau nak duduk sorang-sorang.”

  “Kau baliklah. Kesian orang-orang Inche Yang Kau Benci tu. Mesti penat.”

  Aku menggeleng tanda tidak mahu. Balik awal pun bukan buat apa.

  Saat itu, sebuah kereta meluncur laju di hadapanku. Dahiku berkerut. Sepertinya aku kenal kereta itu. Pap! Tu bukan kereta Megat Khilfi ke?

  Lelaki itu keluar dari perut keretanya. Dia berpakaian pejabat dan berlari mendekatiku. Wajahnya merah dek terkena simbahan sang suria. Peluh mula merenik di dahinya seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang memenatkan diri atau mungkin dia berlari.

  “Kenapa Baby tak balik lagi?” Suaranya naik seoktaf.

  “Isti tunggu kawan. Kenapa?”

  “Abang ingatkan Baby lari dari rumah lagi sebab abang tunggu Baby kat rumah tapi Baby tak balik-balik.”

  “Isti okeylah!”

  Aqilah tersenyum. Aku tahu, dia nak gelak tapi segan.

  “Ayah aku dah datang. Aku gerak dulu. Kita jumpa esok. Bye!”

  “Bye!”

  “Jom balik dengan abang. Kita pergi jumpa Kak Syazwani dulu.”

  What? Jumpa tunang dia yang tak boleh blah tu?

  Tunang Inche Yang Aku Benci tu dah tak senang duduk. Kemain duk sibuk lentok kepala. Aku pun tak tahulah macam mana Inche Yang Aku Benci tu boleh tunang dengan dia. Muka sikit punya hensem. Minah depan aku ni plastik yang banyak dan dia memang tidak suka dengan kehadiranku selama ini.

  Dia bermain dengan rambutnya.

  “You ni kalau tak datang tak boleh ke?” soalnya sinis.

  “Ikut suka akulah. Bukannya kau yang bawak aku datang.”

  “Baby, language.” Lelaki itu menegurku.

  Bibirku diketap.

  “Kenapa you panggil budak tak cukup umur ni Baby? Sepatutnya you panggil I baby.”

  Sumpah aku nak muntah hijau!

  Mataku meliar memandang restoran mewah ini. Pheww! Kopak duit mamat tu kalau setiap hari makan kat sini.

  Sungguh aku tidak tahu banyak tentang harta Inche Yang Aku Benci tapi memang kayalah. Upah orang jaga aku sampai berpuluh orang. Gaji sorang-sorang beriban namun aku tidak peduli. Aku hidup kat rumah tu pun bukan pasal harta. Sikit masa lagi, mungkin aku akan keluar dari situ dan memulakan hidup baru.

  Takkanlah sampai aku besar aku nak duduk situ. Memang taklah.

  “You sendiri yang cakap dia tak cukup umur. Mestilah I kena panggil dia, Baby. You dah tua dah. Panggil you Mak Baby bolehlah,” ujar lelaki itu selamba.

  Meletus tawaku. Kak Syazwani merenungku tajam. Aku diam.

  “Kenapa you kena jaga dia? Dia dah besar. Jagalah diri sendiri.”

  Lelaki itu merengus kasar. Terus dia meletakkan sudu dan garpu yang dipegangnya. Okey! Part ni aku takkan masuk campur. Insan bernama Megat Khilfi jarang marah tapi kalau dia marah… memang meletup dunia ni.

  Dan aku tidak mengerti mengapa insan bernama Syazwani tidak menyukaiku. Bukannya aku akan merampas tunang dia pun.

  “Dia tanggungjawab I.”

  “You pilih dia atau I? Kalau you pilih dia, kita putus tunang,” cabar Kak Syazwani.

  Ngek sungguh minah ni.

  Inche Yang Aku Benci bangun.

  “You tanya seribu kali pun jawapan I tetap sama. I tetap akan pilih dia. Baik! Mulai sekarang, kita tak ada apa-apa hubungan. Baby, jom balik.”

  Dan dia terus pergi. Aku tersenyum kemenangan. Padan muka kau minah plastik. Tanya soalan entah hapa-hapa. Mestilah dia pilih aku. Takkanlah dia pilih kau pulak.

  “Kesian ya kak. Nak buat macam mana. Dah dia sayang saya berjuta kali ganda dia sayang akak. Muahaha.”

  “Ngee… kau ni!”

  Aku berlari meninggalkan wanita itu.

  Wahai Inche Yang Aku Benci, bersabarlah. Moga dipertemukan dengan wanita yang baik lagi beriman. Alhamdullilah! Tak jadi juga mereka berkahwin. Hikss…
 

BERSAMBUNG...


Lama tak buat cerita gegel yang easygoing. Memang banyak merapu sebenarnya. ahaks. drop komen kalau rajin


 
  

17 comments:

  1. arggggg best la.. nak lagiiiii♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks. Lama tak jumoa
      nanti ceq letak sambungan

      Delete
  2. Replies
    1. hohoho. terima kasih cik kak
      esok aku sambung

      Delete
  3. Nice entry. Serius x sabo nak tau ape jadi seterusnye. Chaiyok miss writer!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harharhar. Terima kasih cik anon.
      cayoo hanna! hikss

      Delete
  4. Smbg cept2..xssbr dsh nk tau jln crta slnjutnya...

    ReplyDelete
  5. nice.. syg btl inche yg ak benci pd isti.. ad makna ker??? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah. maknya inche tu sayangkan isti macam adik dia sendiri

      Delete
  6. nice.. syg btl inche yg ak benci pd isti.. ad makna ker??? hehehehe

    ReplyDelete
  7. hish! bestnyaaaaaa! sambung2! eps 2! sedapnya nama Isti~ Safa' Istiqamah. i likeee~ <3 ;)
    hahahaaa! padan dgn muka Mak Baby tu! tak dapat kawen dgn Inche Yang Aku Benci tuu~ kahkahkah!
    Megat Khilfi jaga Isti mcm jaga puteri je. siap berb0dyguard2 lagi~ (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sambung dah pong. Nama titew pun sedap jugak :p
      ya. padan muka dia
      depa kaya.

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...