cerpen : Untuk Lima Minit



UNTUK LIMA MINIT


  Seorang gadis yang sedang menekur tanah mencuri perhatianku. Aku meletakkan tumbler di sisi. Terus aku melompat turun dari tembok yang memisahkan taman permainan dan medan selera. Mengatur langkah rapi mendekatinya.

  “Hai!” ujarku ceria.

  Wajahnya diangkat. Aku tersentak. Pipinya sudah dinodai air mata. Bibirnya pucat tanpa senyuman.

  Pandangan yang dihulurkan membuatkan aku tidak tentu arah. Gadis itu seolah-olah sedang bersedih dan tidak mahu diganggu namun aku tidak mampu mengalihkan tubuhku dan pergi meninggalkan dia. Bagaikan ada magnet yangmembuatkan aku terus berada di sini. Melihat dia terus menangis.

  “Menangis tidak mampu menyelesaikan masalah.” Kata-kata itu terus terpacul di bibirku tanpa dapat aku tahan.

  “Ketawa pun tak dapat nak selesaikan masalah,” tuturnya mendatar.

  Gemersik suara itu menampar gegendang telingaku. 

  Melihat seraut wajah itu, aku yakin dia masih muda. Hanya kata-katanya yang membuatkan dia seolah-olah sudah lama berpijak di atas muka bumi ini. Seolah-olah sudah banyak halangan yang dilalui.

  Lambat-lambat aku menggeleng. Menggariskan senyuman pahit sebelum melabuhkan punggung di sisinya. Pandanganku diluruskan. Jari-jemariku menggenggam hujung bangku. Dan aku memandang gadis itu yang membisu. Ada rasa yang bertamu di hati. Rasa yang bahagia. Rasa yang baru pertama kali bertandang di hati. Aku menghela nafas panjang.

  “Tuhan tak adil. Kenapa saya yang diuji?” gumamnya perlahan.

  “Allah tu Maha Adil. Dia takkan uji cik kalau cik tak kuat dan cik kena tahu yang Allah sayangkan cik. Tak ada manusia yang tak diuji, cik.”

  Dia senyum sinis.

  “Saya tak boleh hadapi semua ni.”

  “Akal dan hati kita berbeza. Hati cakap, tak boleh hadapi semua ni tapi akal akan cakap, boleh hadapi semua ni,” terangku telus.

  Akal dan hati bukannya kawan. Malah lawan. Jangan terlalu ikutkan kata hati. Kelak, diri sendiri yang merana. Membuat sesuatu keputusan selepas berfikir. Bukannya selepas mengikut kata hati kita.

  Langit sudah mendung. Sebentar lagi, langit akan menangis. Aku harus pulang. Jika tidak, ibu akan bising tapi… berat hati ini untuk meninggalkan dia.

  Gila agaknya aku ni. Menegur gadis ini seolah-olah mengenalinya.

  “Kenapa dengan cik?” soalku pelik.

  “Diuji oleh Allah,” balasnya sebelum bangun dan berjalan meninggalkan aku.

  “Cik, esok kita jumpa lagi kat sini. Pukul 6 petang,” laungku saat dia hampir hilang dari pandanganku.

*****

  Lengan kemejaku dilipat hingga ke siku. Aku mencapai kunci kereta dan melangkah keluar dari pantry. Hazmi mengangkat tangannya saat pandangan kami bertembung. Bibirku mengoyak senyuman nipis. Dia menghulurkan backpack milikku yang berisi laptop. 

  “Sorry susahkan kau.”

   “No prob. Kau nak balik dah?”

  Aku angguk lima saat.

  Jam pada pergelangan tangan aku kerling. Sorhana pasti sudah menungguku. Seringkali aku lambat tiba dan hari ini, aku lambat lagi. Terbayang wajahnya yang kelat. 

  Nur Sorhana. Pertemuan aku dan dia lapan tahun yang lalu membawa ke pertemuan yang seterusnya. Sungguh aku senang dengannya. Dia memahamiku. Ada di saat aku perlukan seseorang untuk meluahkan rasa di hati. Menghiburkan aku dengan kata-katanya yang lucu. Mengenalinya sebagai seorang gadis dulu dan kini, aku mengenalinya sebagai seorang wanita. 

  “Nak jumpa si pengarang jantung eh?” tebak dia nakal.

  “Lagi mau tanya. Mestilah jumpa dia. Takkan nak jumpa nenek dia pulak.”

  Bahuku ditolak. Bibirnya dicebik.

  “Buat lawak bodoh pulak. Okeylah. Aku nak solat dulu. Kau dah solat kan?”

  “Dah solat dah,” balasku sambil menjulingkan mata.

  Hazmi mengangguk. Tihani yang berpapasan denganku menghadiahkan senyuman dan menunduk sedikit tanda hormat. Aku membalas senyumannya sebelum mataku kembali jatuh pada wajah Hazmi.

  Dia sedang sibuk melipat lengan kemejanya. Tali leher dirungkaikan. Serius benar.

  “Drive elok-elok. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

  “Wa’alaikumsalam.”

  Dahiku ditepuk. Dah lambat dah! Haissyh. Si Hazmin ni pun satu. Time ni lah nak ajak bersembang. Ngee…

  Saat aku sudah melangkah masuk ke dalam Noodle Station, dia melakar senyuman manis. Mengalihkan handbag dari tempat duduk dan menolak kerusi itu ke belakang sedikit sebagai tanda menyuruh aku melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

  Aku menongkat dagu. Merenungnya.

  Dia tersenyum. Senyum bagaikan kawannya. Kali pertama aku lihat dia menangis adalah lapan tahun yang lalu. Dan saat itu juga bagaikan kali terakhir dia menangis di hadapanku.

  “Lambat sampai!”

  “Hazmi punya pasal. Dia sembang pulak dengan abang,” tuturku selamba.

  Wajahnya ditarik. Gelas miliknya aku tarik dekat denganku lalu aku menyisip air milo yang langsung tidak disentuh. Sorhana menggeleng. Dia tahu, aku akan mengambil air miliknya. Kerana itulah langsung tidak disentuh milo ais yang dipesan. Lapan tahun sudah cukup untuk dia kenal dengan diriku.

  Dahinya berkerut. Dadanya ditumbuk bertubi-tubi. Kelopak matanya tertutup rapat. Aku hanya memerhati tanpa kata.

  Sesaat kemudian, Nur Sorhana sudah mengalami sesak nafas. Sejujurnya, aku tidak mengerti apa yang terjadi tika ini. Ini kali pertama aku melihatnya sebegini. Bibirnya sudah pucat. Fikiranku terlalu buntu.

  Perlahan-lahan dia bangun. “Ana nak pergi ladies kejap.”

  Aku angguk. Kerusi ditolak. Dia menghayun langkah lemah. Aku bingkas bangun. Setapak demi setapak dan tanpa aku sangka, Nur Sorhana tumbang. Insan yang lalu-lalang mendekati dirinya. Jantungku berdetak laju. Terus aku mendekatinya. Melutut. Pipinya aku tepuk berkali-kali namun matanya tetap tertutup.

  “Ana, bangun.”

  Peluh mula merenik di dahi. Tubuh itu aku cempung.

  Mengapakah seorang Nur Sorhana pengsan?


  untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)
  
Segala kesilapan dalam cerita ni harap dimaafkan. Dan cerita ni memang sangatlah pendek. Saja gedik tulis sebab stress....








18 comments:

  1. awat hang suka buat ending sedih?
    huhuhu....
    sedihnya....

    apa2 good job, cik Hanna...


    From > CIk Min yg sngat Comel...

    Peace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Ceq tak rasa nak menangis pong :p

      terima kasih sejuta kali. Hiksss...

      ai lagi comel

      Delete
  2. sngat2..sedih..
    tp best...mengis bila bce..
    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhahar. Terima kasih sejuta kali ;)

      sungguh ai tak nangis :p

      Delete
  3. Dear,
    utk 5 minit kak sya adik jgn buat cerpen yg boleh keluarkan air mata kak sya boleh ?
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikiki. Sad short stories : okey what?

      Delete
  4. cik hanna suka bt cite sedih...
    hehheeh...tapi tak mengecewakan...best2....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih itu cerita. Happy itu saya
      ngehngeh. Trimas

      Delete
  5. Yes! Finally something about internet t1 service.

    Also visit my website wholesale long distance minutes

    ReplyDelete
  6. sedih sangat dik...teruskan usaha kamu

    ReplyDelete
  7. TT^TT almost cry.
    Nak tidur lima minit, huwaa

    ReplyDelete
  8. haaaaaaaa!! sedihhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. kak hann,,sedihhh sgattt... knal kak hanna bila bca cerpen SEHARI TANPA DIA. cuteee sgt.. buad lgi cerpen mcm tuh boleh? ada create novel tak?? klau ada msty bestt kan? klau takda. tak tringin ke nak buad?

    ReplyDelete
  10. hiii kak hanna!! sdihnya cerpen nih tapii yaya suka... heheh... yaya start kenal kak hanna bru tadi. tapii dah suka sngad2 nihh.. haha.. start suka dgn cerpen SEHARI TANPA DIA. sweet sngad2... nnty buad novel bolehh?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. Bosan jugak buat cerpen bahagia tu yang kalih angin sat. Disebabkan baru kenal, salam perkenalan ya. ahaks. Terima kasih sejuta kali ya sebab baca STD.
      Insya-Allah akan buat novel bila major exam dah habis. Sekarang ni hanna mampu buat cerpen ja. hee

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...