cerpen : Sehari Tanpa Dia 3 (Final)

SEHARI TANPA DIA 3

  Nak tak kahwin dengan abang?”

  “Kenapa pulak Isti kena kahwin dengan abang?”

  “Sebab abang cintakan Baby, sayangkan Baby dan nak bersama dengan Baby. I want you as my wife. Can I?”

  Nafas ditarik panjang. Wajahku kosong tanpa riak. Sungguh aku keliru dengan perasaanku tika ini. Sepatutnya aku bahagia namun hatiku kosong. Betapa peliknya hati ini. Memang hati ni nak kena masuk bengkel.

  “Isti nak balik,” ujarku perlahan.

  “Tapi...”

  “Isti nak balik!” potongku kalut.

  Lelaki itu mengangguk lemah. Senyuman kelat digariskan. Mungkin berada sedikit hampa. Sesaat kemudian, kereta mewah itu kembali meluncur laju membelah jalan raya.

*****

  Aqilah menampar bahuku. Terus aku tersedar dari lamunan panjang dan mengukirkan senyuman kelat. Dia menggeleng sebelum melabuhkan punggung di hadapanku. Lama juga aku tidak tidak berjumpa dengan dia. Dalam tempoh beberapa tahun ini, adalah dalam sekali. Dia sudah banyak berubah pada pandanganku. Pakaian meletop habis! Muka lagilah. Sikit lagi muka nak sama macam Rihanna dah.

  Dan tahun ini, Aqilah akan melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihanna. Aku tumpang bahagia sebab aku ni tak kahwin-kahwin lagi.

  Handbag diletakkan di atas ribanya. Tangannya menopang dagu. Bagus punya budak. Datang sini terus nak dengar cerita aku. Bukannya nak tanya khabar.

“Apa yang terjadi sampai kau tak menyempat nak jumpa aku?” soal Aqilah laju.

  “Dia cakap dia suka aku.”

  Matanya bersinar.

   “Lepas tu?”

  “Dia cakap dia nak aku jadi isteri dia.”

  “Kau terima?”

  Bahuku dijongketkan. Ingat kahwin nimacam main masak-masak ke? Nakkahwin pun bukan untuk tempih sehari mahupun sebulan. Kalau nak kahwin, kena kekalkan perkahwinan tu sampai kita tak ada lagi kat atas muka bumi ini.

  Dia membuat muka toya.

  “Kau suka dia tak?”

  Aku senyap.

  “Baby, jawablah,” rengeknya manja.

  “Apa hak kau panggil aku, Baby?”

  “Hak sebagai seorangkawan. Jawablah. Kau suka dia tak?”

   “Salah ke kalau aku suka dia?”

  Kepalanya digeleng laju. Aku suka Inche Yang Aku Sukacenggitu  je. Tak adalah sampai aku nak jadi psiko macam dalam tv tu. Aku kan stok budak baik yang baru pertama kali jatuh cinta kat insan bernama lelaki.

  “Dia tahu yang kau suka dia?”

  “Tak,” balasku sepatah.

  “Ceh! Kalauduk main tarik tali macam ni, bila mau kahwin sih?”

  “Bila tiba masanya. Kau tak payah risau. Kalau ditakdirkan dia jodoh aku, aku dengan dia tetap kahwin punya.”

  Tidak pernah aku menyangka lelaki itu menyukaiku. Pada pandanganku, dia hanya menyayangiku sebagai seorang adik. Takkan pernah lebih dari itu dan aku fikir hanya aku yang mencintainya. Hati, hati. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, aku boleh suka dia? Macam tak ada orang lain pulak yang aku boleh suka. Jepun tu banyak je mamat kacak tapi tulah. Tobat sambal belacan pun tak kenal.

  Keningku yang tidak gatal digaru berkali-kali. Peluh sudah merenik di dahi dan badanku sudah melekit. Panasnya Malaysia sekarang ini.

  “Isti, macam mana kalau dia bukan jodoh kau?”

  “Senyum lepas tu tunggu jodoh aku datang.”

  Handbagnya singgah di bahuku. Aku menyeringai kesakitan. Muka dah ayu, baju dah lawa tapi kasar macam tu jugak.

  “Jangan memain boleh tak?” marahnya.

  “Mana ada aku main-main. Betullah apa yang aku cakap tu,” ujarku geram.

   Sejujurnya, aku tidak tahu apa yang akan terjadi untuk tempoh beberapa tahun ini. Mungkin Inche Yang Aku Suka a.k.a Megat Khilfi bukan jodohku dan mungkin dia jodohku. Sungguh jodoh itu rahsia Yang Esa. Diri ini hanya mampu mendoakan agar dipertemukan dengan lelaki yang baik dan beriman. Kalau ditakdirkan untuk aku tidak dapat bersama sesiapa, aku rela. Itu yang terbaik untukku. DIA tahu apa yang terbaik.

*****

  Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga sambil bernyanyi riang. Memang seronok boleh tidur lewat dan bangun lewat. Lagi seronok jadi pemalas yang malas nak bekerja. Langkahku mati tatkala mataku menangkap tubuh Inche Yang Aku Suka. Dia berdiri membelakangiku dan elok saja memeluk tubuh. Sedang berbicara dengan orang-orangnya.

  Aku berpaling dan terus mendaki anak tangga kembali tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Aku masuk ke dalam bilik. Rasa segan pula untuk berhadapan dengan dia.

  Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Terus aku melompat ke atas katil dan menutup kelopak mata.

  “Cik, tuan datang nak jumpa cik.” Mesti pembantu rumah ni.

  Berkali-kali ayat itu menampar lembut gegendang telingaku dan setelah aku hanya mendiamkan diri untuk jangka masa yang agak lama, dia terus berlalu. Mungkin dia berfikir aku masih enak dibuai mimpi.

  Malu pula untuk berjumpa Inche Yang Aku Suka tu. Haissy! Aku ni. Malu tak bertempat sungguh.

  Tengkingan seseorang membuatkan aku mendekati jendela yang tidak tertutup. Menarik langsir ke tepi. Mataku memandang halaman rumah yang dipenuhi kereta dan para pekerja Inche Yang Aku Suka. Dia sedang bercakap dengan seseorang tapi melalui telefon. Wajahnya merah. Usai mematikan talian, pintu keretanya dibuka dan dia melemparkan handphone miliknya ke dalam kereta.

  Konpom rosak telefon tu nanti.

   Lengan kemejanya terus dilipat hingga ke paras siku. Rambutnya yang tersisir rapi diramas kasar. Berkerut-kerut dahinya.

 Marah-marah pun hensem lagi. Tambah-tambah pakai kemejaputih macam tu. Ahaks!

  Entah macam mana, dia mengangkat wajahnya dan memandang jendela milikku. Aku terpana. Pandanganku dan dia bertaut. Bibirnya mengoyak senyuman manis dan pastilah hatiku berdegup laju. Matanya dikenyitkan nakal. Aik? Marah-marah pun boleh kenyit mata lagi?

   Saat aku sedang berfikir, keretanya menjalar keluar dari halaman rumah.

  Aku menjauhi jendela dan terus mengatur langkah meninggalkan kamar tidur.

  Prang! Cawanku jatuh pecah di kala aku sedang menghirup secangkir kopi. Orang suruhan Megat Khilfi menunduk. Aku menggeleng. Kelopak mataku bergenang.

  Inche Yang Aku Suka kemalangan? Tidak! Dia tidak boleh meninggalkan aku. Hanya dia yang aku ada tika ini.

  Abang tak boleh tinggalkan Isti.

*****

  Terhinggut-hinggut aku menahan esakan. Lengan lelaki itu sudah basahd engan air mataku yang jatuh tanpa henti. Dia menggelengkan kepala dan tersenyum sumbing. Okey! Aku selalu over bab ni. Sedih lagi menyedihkan.

  “Abang tak boleh tinggalkan Isti. Isti ada abang sorang je,” ngongoiku.

  “Ke situ pulak. Baby janganlah nangis. Abang okeylah. Kemalangan bukan teruk mana pun,” tuturnya cuba untuk membuatkan esakanku terhenti.

  Aku menggeleng.

  “Kalau sikit, takkanlah abang kena admitted. Huhuhu…”

  Orang-orang Inche Yang Aku Suka tersenyum. Nak gelaklah tu tengok aku macam budak tak cukup umur yang nangis bagai nak gila.

  “Alah! Sakit sikit je.”

  “Macam mana abang boleh kemalangan ni?” soalku hairan. Ni kali pertama mamat ni boleh kemalangan sampai masuk hospital.

  “Baby punya pasallah!”

  “Kenapa pulak?” Bibirku dijuihkan.

  Bila masa pula aku yang buat dia kemalangan ? Bukannya aku yang langgar dia. Cakap ikut sedap mulut je mamat ni. Kalau tak sakit, memang ada jugak orang makan penyapu dan selipar SMP petang-petang ni.

  “Masa drive tu, abang asyik fikir pasal Baby je. Senyuman Baby, ketawa Baby dan wajah Baby sampai terlanggar divider jalan. Dahlah tak nak jumpa abang pagi tadi.”

  Wajahnya masam. Dia memeluk tubuh.

  Orang makin tua, makin matang. Dia ni pelik pulak. Makin tua, makin tak matang.

  “Isti segan nak jumpa abang,” terangku telus.

  “Kenapa nak segan pulak? Bukannya Isti buat apa-apa kesalahan pun.”

  Mulutku terkunci. Dia tidak mengerti agaknya apa yang akan terjadi kepada seseorang perempuan jika dia bertemu dengan lelaki yang disukai. Tambah-tambah lagi jika lelaki itu mempunyai perasaan yang sama seperti perempuan tu. Err… tak boleh nak komen banyak pasal Inche Yang Aku Suka ni. Tunang dengan Mak Baby tu dulu sebab atuk yang suruh.

  Atuk tak ada, putus tunang. Memang cucu yang baik.

  “Memanglah tapi…” Kata-kataku terhenti. Darah merah mula menyerbu wajahku. Aku pun reti nak malu-malu kucing tau.

  “Oh! Sebab pengakuan abang dua hari lepas?”

  Aku senyap. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

  “Baby, abang memang sayangkan Baby sejak atuk bawa Baby masuk ke dalam keluarga kami. Semua orang tahu yang abang cintakan Baby sebab tu hari tu Que tanya Baby yang Baby ni teman wanita abang ke.

  Ikutkan hati, dah lama abang nak beritahu Baby pasal ni tapi abang tak bersedia lagi sampailah tahun ni. Abang nak bersama Baby.”

  “Tapi…”

  “Abang tahu yang Baby pun sayangkan abang,” sampuknya selamba.

  “Err… mana ada!”

  Jari-jemarinya menekup telinga dan dia menggeleng tanda tidak mahu mendengar kata-kataku.

  “Abang yang bela Baby dari kecik, jaga Baby. Makan pun abang yang suapkan tau!”

  Memanglah. Dah dia nak yang buat. Bukannya aku suruh pun. Ingat aku tak ada tangan ke nak suap makan sendiri?

  “Tahu!” Aku menjelirkan lidah.

  Dan saat itu, aku terus teringat tentang kejadian yang berlaku pagi tadi. Tiba-tiba saja amarahnya meletus.

  “Kenapa abang marah-marah pagi tadi?”

  “Hehe. Abang marah pekerja kat tapak pembinaan. Rosakkan mesin pembancuh simen dengan cat. Tadi pun kemalangan sebab abang bawak kereta laju. Bukan sebab fikirkan Baby.”

  Mencerlang mataku memandangnya.

  “Abang!”

*****

  Selepas penat bermain tarik tali, aku dan Inche Yang Aku Suka mendirikan rumah tangga. Orang yang paling bahagia mestilah diri aku sendiri. Takkanlah amoi jual baju nak bahagia pulak. Memang seronok hidup berdua ni.

  Inche Yang Aku Suka masih sibuk menyiapkan kerjanya. Aku hanya memerhati. Kakiku dilunjurkan. Lenguh pula pinggangku.

  “Baby…”

  Aku mendengus.

  “Janganlah panggil Baby. Isti ni nak jadi mak Baby dah ni.”

  “Alah! Biarlah. Abang dah terbiasa. Baby muka berkedut nanti pun abang tetap akan panggil Baby jugak because you’re my baby, my girlfriend and my beautiful wife,” ucapnya sambil mengenyitkan mata.

  “Bukan my sister ke?”

  “Tak. Dah tukar dah.”

  Jari-jemariku menyentuh perut yang kian membesar. Kandunganku sudah mencecah lima bulan. Sungguh aku tidak sabar menanti kelahiran anakku. Anugerah Allah yang tidak ternilai untukku dan Inche Yang Aku Suka.

  “Abang tak ke luar daerah dah ke?”

  Dia menggeleng.

  “Tak. Sehari tanpa abang, mesti Baby tak boleh hidup sebab tu abang asyik melekat kat rumah dengan pejabat je.”

  “Perasan!”

  “Itu kenyataannya wahai Puan Yang Aku Chenta.”

  “Hehehe. Memang betul pun wahai Inche Yang Aku Suka.”

  Sejak aku kecil, aku hidup bersamanya dan sekarang, aku mencintai dia.

  “Wo ai ni, Puan Yang Aku Chenta,” bisiknya romantis.

  “Wo ye ai ni, Inche Yang Aku Suka.”

  Dulu, sehari tanpa dia, aku bahagia. Kini, sehari tanpa dia, seorang Safa’ Istiqamah akan merasakan hidup ini tidak sempurna.

TAMAT...



I donno what to say. Aksara tak tersusun. Menaip part terakhir dengan banyak perkara dalam kepala otak. Dan cerita ni quite simple. Tak ada konflik, tak ada gaduh-gaduh. Just a short story from me before seorang hanna kembali sibuk dengan sekolah.

Hari yang memenatkan. Pagi tadi pergi airport hantar kak ngah yang heading back to India. Lepas tu buat kerja kursus dan masa yang lebih sikit tu menaip. Maaf atas segala kekurangan. Typo ka apa ka, sorry and sorry again sebab hanna tak cek balik pun. Tak best tu maaflah.

Drop komen kalau rajin... bubye. See ya






 






26 comments:

  1. good job..teruskan menulis ek:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiksss.insya-Allah akan terus menulis

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih and terima kasih jugak sebab baca ;)

      Delete
  3. isti~~~ haha. nama yang unik!! >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kinda. Perangai pun unik-unik. muahaha

      Delete
  4. Replies
    1. hiksss... trimas2
      tak ada konflik2 cita ni

      Delete
  5. Sweet je dorg ni. Sayasukasayasuka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. i do envy with them. huhuhu
      hanan pun suka kalau orang lain suka. ahaks

      Delete
  6. comel!!
    tahniah hanna..
    best sngat...bce dri partt 1 smpai the last one..
    in one shoot!!haha..seronok..comel la watak diorng!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. terima kasih sejuta kali ;)
      gilos. One shoot ja tu. Cayalah
      tak berat sangat kut baca cerita ni sebab tak ada konflik

      Delete
  7. Replies
    1. nasib baik suka. Kalau dak, garu kepala cik hanna ni nak buat bagi orang suka

      Delete
  8. Saya suka. Buat cerpen baru lagi cepat-cepat. Tak sabar mahu baca :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik suka :)
      insya-Allah nanti hanna buat cerpen baru

      Delete
  9. knape harus campor campor same bahasa inggeris, tak best la.. :p, sorry jika ai singgung ko, tapi ini kan saran sahaja, so, i'm sorry ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. There's no hard feeling actually.
      Actually, ni cerpen yang tidak mengikut bahasa malaysia 100% di mana ada perkataan bi dan loghat daerah. Kalau cerpen yang pakai bahasa baku semua, hanna takkan letak bi.
      Lagipun yang bi tu banyak perbualan :)

      Delete
  10. form 3 kan PMR, nape ko tak study study ha ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Study tapi bukan setiap masa. ahaks

      Delete
  11. alahai... dak kecit nih,.. umo baru 15 tapi bakat kemain besarrrr... kaka suka semua cite2 dak kecit nih... teruskan menulis ekk dak kecit... kaka yakin... Inshaallah dak kecit ni akan jadi penulis terkenal suatu ari nanti... aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa ja kak. Ada orang muda lagi dari hanna tapi lebih pandai menulis. Insya-Allah akan terus menulis.
      amin.
      *pssst. Hanna taklah kecik sangat. muahaha*

      Delete
  12. Bila habis SPM buat novel untuk cerpen ni pleaseee !
    Akak tunggu , hehe . Study leklok and good luck . :)

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...