cerpen : Tujuh Permintaan (Full)

CERPEN : TUJUH PERMINTAAN (FULL)

   “Kak Long nak kahwin?” tanya aku terkejut.

   Wanita tinggi lampai itu mengangguk. Rahang bawahku jatuh. Aku tengok dia atas bawah. Agak tidak percaya dengan kata-katanya. Mataku tidak lepas dari memandang wajahnya. Kak Long berhenti melangkah.

  “Kau pehal duk tengok Kak Long macam tu?”

  “Kak Long ulang balik ayat Kak Long tu,” pintaku.

  “Kak Long nak kahwin. K.A.H.W.I.N. Faham?”

  Amboi, Kak Long! Tak payahlah nak mengeja perkataan kahwin tu.

  Cuma aku tak percaya dengan kata-kata dia. Beberapa tahun yang lalu, dia sendiri yang cakap dia takkan kahwin selagi tak mencecah umur 30 tahun. Tup-tup hari ni cakap nak kahwin walhal baru 27 tahun. Kak Long demam ke?

  “Kak Long nak kahwin dengan siapa?”

  “Dengan oranglah. Takkan dengan batu pulak.”

  Erk. Kak Long memang sarkastik.

  Aku labuhkan punggung di atas bangku. Kak Long berdiri di hadapanku. Jemariku mula memicit kepala. Dia pandang aku dengan sebelah kening terjongket. Kak Long peluk tubuh. Nafas aku hela lemah. Rasa macam nak pitam sebab tak sarapan plus dengar ayat Kak Long sebentar tadi. Telinga aku ada masalah atau Kak Long demam sebenarnya?

  Dulu siap merajuk time ayah suruh dia kahwin. Bangkang segala. Sekarang? Nak kahwin pula. Pening, pening.

  “Asal kau senyap?”

  “Masih tak percaya dengan kata-kata Kak Long,” balasku perlahan.

  Dia cebik bibir sebelum duduk di sisiku. Handbag dia letakkan di atas ribanya. Kami memandang orang yang lalu-lalang.

  Kak Long bukanlah kakak kandungku. Dia hanya sepupu yang sangat rapat denganku. Well. Alkisahnya, kami hanya berdua. Dia anak tunggal, aku pun anak tunggal. Abah merupakan anak sulung dan ayah Kak Long yang aku panggil ayah merupakan adik kepada abah. Dari kecil sampai ke besar, Kak Long merupakan tempat aku bermanja, mengadu, cari pasal dan bergaduh.

  “Kak Long nak kahwin sebab Kak Long dah jumpa lelaki yang boleh bahagiakan Kak Long, yang boleh imamkan Kak Long waktu solat, yang boleh jadi ayah kepada anak-anak Kak Long. Dia bukan lelaki yang sempurna tapi Kak Long rasa dia lelaki yang sesuai untuk Kak Long.” Panjang lebar dia tuturkan kata.

  Dan aku… jeda.

  Wajah Kak Long aku pandang. Sepasang matanya bercahaya tanda dia gembira.

  “Dia umur berapa?”

  “30 tahun.”

  “Kerja?”

  “Cikgu.”

  “Ouh. Suits you very much,” perliku.

  Dia tampar bahuku dan aku hanya tertawa.

  Kak Long, Kak Long. Dulu bukan kau ke yang cakap kau tak nak kahwin dengan cikgu? Hahaha.

*****

  Mataku jatuh pada wajah Kak Long yang berseri-seri. Solekan tipis mencantikkan lagi wajahnya. Aku hulurkan tisu kepadanya. Dia koyak senyuman manis dan aku turut tersengih. Mak dan mak Kak Long yang aku panggil ibu sedang berbual kosong. Peluh yang berjejeran di dahi aku kesat dengan belakang telapak tanganku.

  “Mana bakal suami Kak Long? Asal lambat sangat?”

  “Manalah Kak Long tahu. Tadi dia mesej Kak Long yang dia dalam perjalanan.”

  Huissy. Nak kahwin pun lambat. Hahaha. Aku bukan apa. Aku teringin nak tengok muka bakal suami dia. Dulu, aku mana ada peluang nak tengok. Masa si bakal suami dia datang rumah, aku ada kat dekat u. Adalah dua tiga kali aku minta Kak Long tunjukkan gambar bakal suami dia tapi dia tak bagi aku tengok. Dia suruh aku tengok masa akad nikah iaitu hari ini.

  Wajah aku angkat saat seseorang memberi salam. Pintu masjid aku pandang. Aku telan air liur. Seorang lelaki dalam lingkungan awal 50-an sedang menapak masuk ke dalam masjid. Memakai baju Melayu, songkok dan samping berwarna hitam. Dahiku berkerut.

  “Takkan dia yang nak kahwin dengan Kak Long? Perut dah maju ke depan dah tu.”

  Kak Long tampar lenganku. Aku menyeringai kesakitan.  Bibir dijuihkan. Mak yang duduk tidak jauh dariku sudah jeling tajam tanda marah dan suruh aku diam.

  “Maaf lambat. Saya cari baju tak jumpa. Ehehehe.”

  Pecah tawa semua orang tapi sopanlah sebab duduk di dalam masjid. Aku? Hahaha. Bantai gelak sampai keluar air mata. Kak Long cubit lenganku dan aku terus menutup mulut.

  Kepalanya dikalihkan. Dahinya berkerut. Songkok ditanggalkan lalu dia menggaru kepala. “Eh, mana anak aku ni?”

  Huh?

  “Ada, ayah,” sahut satu suara.

  Sekali lagi aku pandang pintu masjid. Kini, rahang bawahku jatuh. Dua orang lelaki berdiri di muka pintu diikuti dengan hamba Allah yang lain. Seorang memakai baju Melayu putih gading dan seorang lagi… fail! Datang masjid pakai t-shirt dengan jeans yang koyak-rabak tu?

  Pandangan aku dan mamat tak berjenis tu berlaga sebelum aku larikan pandangan. Rasa jelak melihat wajahnya.

  “Tak patut sungguh datang masjid macam tu. Gila ke apa,” gumamku rendah namun Kak Long di sisi masih bisa menangkap kata-kataku.

  Dan sekali lagi lengan milikku menjadi mangsa tamparannya.

  “Jangan salah faham ya. Yang nak kahwin hari ni anak saya. Bukan saya.” Pak cik itu menuturkan kata.

  Aku gelak kuat. Abah buntangkan mata.

  Hehehe. Sorry, abah. Pak cik tu lawak sangat.

  “Tak sempat nak cari baju. Pakat ambik baju akad nikah saya dulu. Tak sangka boleh pakai lagi sebab perut makin ke depan. Hahaha.”

  Semakin kuat tawaku sampai orang yang hadir memandangku hairan. Kali ini, Kak Long pula yang menoleh memandangku. Membuat isyarat suruh aku diam. Aku tundukkan wajah. Menekur lantai masjid.

  Dan sehingga selesai upacara akad nikah, aku hanya senyap.

*****

  Tiga tahun sudah berlalu. Kak Long dah jadi isteri orang. Dah melahirkan anak dah pun. Aku? Hahaha. Masih sama seperti dulu. Tak kahwin lagi. Heh. Nak kahwin kebendanya. Lelaki takut dengan aku. Pantang masuk dekat, aku dah tengking.

  Mamat tak berjenis di hadapanku aku pandang sebelum aku kalihkan muka. Dialah manusia yang sampai sekarang memang aku tak suka. Perangai tak berjenis. Suka nak bangga diri bagai. Eii… malang betul suami Kak Long dapat adik macam mamat ni. Nak buat macam mana. Perangai manusia berbeza. Abang baik, adik jahat. Hahaha.

  “Korang sembang apa?” tanya Kak Long yang keluar dari rumah sambil menatang dulang.

  Teko dan dua cawan kosong diletakkan di atas meja bulat. Dulang yang sudah kosong itu Kak Long letakkan di bawah. Aku pandang Kak Long yang duduk di sisiku. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

  “Sembang kebendanya,” ujarku perlahan.

  Aku nak sembang dengan mamat tu? Oh, pulis! Tak ingin aku.

  “Nini mana, Kak Long?” soal lelaki itu.

  “Tidur. Penat agaknya main tadi. Kareef datang sini buat apa?”

  “Nak jumpa Abang Hakim. Kereta member dia dah siap tapi Kareef tak tahu number phone kawan dia. Lupa minta.”

   Bibir aku cebik. Tak nak dengar pun cerita dia. Asyik cakap pasal kereta. Tahulah buka bengkel kereta pun. Takkan sampai ke sini nak cerita pasal kereta. Rimas sungguh dengan mamat tak berjenis yang duduk di hadapanku tika ini.

  Tujuan aku datang ke sini adalah untuk bergosip dengan Kak Long tapi sebab mamat ni datang, cancel plan aku.

  “Ha. Kau datang sini buat apa?” Mata Kak Long jatuh pada wajahku.

  Sengih. “Nak borak dengan Kak Long. Bosanlah duduk rumah.”

  Lelaki itu senyap. Air teh di dalam teko dia tuang ke dalam cawan lalu menghirup perlahan air teh yang masih panas itu.

  Sememangnya aku bosan duduk di rumah. Nak bersembang dengan mak, mak tak layan. Asyik duk tengok sinetron kat tv 9. Huu. Mak lebih mengutamakan sinetron berbanding anak dia sendiri. Nak sembang dengan abah memang taklah. Aku tak reti sangat cakap dengan abah sebab abah jenis pendiam. Aku cakap sepatah, dia balas sepatah.

  Kak Long juih bibir. “Kalau kahwin, takkan punya nak bosan. Cubalah kau cari jodoh.”

  “Nak cari kat mana? Kat mapley? Ingat senang ke nak cari jodoh? Nyanyi lagu Cari Jodoh pun belum tentu ada orang nak kahwin dengan Lili. Kak Long tak apalah. Jumpa lelaki yang baik, sopan. Lili takut Lili jumpa lelaki tak berjenis aje.”

  Aku kerling si Kareef. Dia sembunyi senyum.

  “Apa kata kau kahwin aje dengan Kareef ni,” cadang Kak Long.

  Terus aku tersedak.

  Kahwin dengan Kareef? Oh, tidak! Tak nak aku kahwin dengan lelaki yang pakai t-shirt dan jeans koyak-rabak ke masjid.

  “Hahaha. Kak Long ni buat lawak boleh. Lili hanya akan kahwin dengan si Kareef kalau tujuh orang buat tujuh permintaan yang sama.”

  “Betul ni?”

  “Betul. I takkan langgar janji I.”

  Ahaha. Sumpah lepas ni aku takkan cakap dah pasal kahwin kalau si Kareef ada sekali dengan aku. Harap-harap dia tak akan ingat pasal janji aku tadi. Mamat tu pun satu. Tak kahwin lagi tu kenapa? Kahwin sajalah.

 Aku duk kata dekat dia, aku pun sama. Tak kahwin-kahwin lagi.

  “Enam lagi permintaan yang sama, kahwinlah korang berdua. Boleh, Kareef?”

  “Boleh aje, Kak Long.”

  Erk.


 untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)

Haip! Nak tarik nafas dulu sebab penat edit. Ni lah cerpen paling panjang yang hanna pernah tulis. 20 m/s. Boleh juling mata. Hahaha. Maaf atas segala kekurangan. Cerita ni memang bosan, cliche. Hahaha. Tak cek balik pun. Typo ka, apa ka, memang takkan perasan. Kalau rajin, boleh tinggalkan komen ya. ahaks.

                                                                                                                                            
  

78 comments:

  1. mula2 mcm confius lama paham.. sweet jer mereka ngeeee
    - frist time singgah.. salam perkenalan -

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. sorry sbb konfius. plot terabut semedang. ahaks. salam perkenalan jugak :)

      Delete
    2. Mana penamatnya... ni yang nak tarik muka ni baca cita sekerat ja... tak pueh... dah ad penamat text no ni... 0174706210

      Delete
    3. maaf ya. cita ni hanna kne stop sampai sini ja sbb dah terbit dalam bentuk mobile novel

      Delete
    4. where i can get this novel??? please give me way to get it...

      Delete
    5. dear anonymous, can u contact me on fb? just search suria november and add me. i'll tell u how to read this story. sorry for the inconvenience :(

      Delete
    6. Cmne saya nk bce ending cerita ni eh?.

      Delete
  2. Replies
    1. heee. thanks, kak. tak dak ah. cerita ni cliche ja macam tuan dia. kahkahkah

      Delete
  3. Yay! Bravo! Bravo! Bravo! =D

    Saya suka cerpen ni! Nice, simple, fantastic! (y)
    Teruskan ok? -^^- <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee,, glad u like it walau tak best. insya-Allah akan teruskan

      Delete
  4. Best...lain kali buat lgi best ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas2. insya-Allah akan buat lagi best *macam tak mampu je, macam tak mampu je* kikiki

      Delete
  5. Daebak! Best giler citer ni. Hanna, u should hantar pada penerbitan la. Mesti ramai lagi yang nak baca dan akan suka baca. Arghh... saya betul-betul suka cerita ni, na. Sepuluh bintang kasi Hanna. Sangat good job! ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. thanks, kak. hahaha. nak hantar story apa kat penerbitan? story hidup hanna adalah. kekekeke. *tak dak cerita yg nak dihantar saat ini. huuu. thanks, again kak <3

      Delete
  6. great job..my friend..awesome sgt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. ohsem macam aku dak? kekeke. tak adalah. gurau ja

      Delete
  7. Suka!!! hahhaha ... asyik sengih je baca kak hanna ... ermm, nak kaleef boleh ? hikhik xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti orang tengok pelik kalau duk sengih. hahahaha. ambiklah. kalau lili ligan, jangan cari akak. muahaha

      Delete
  8. Aaaaaaa sukanya sukanya sukanyaaaaa. Heee

    ReplyDelete
  9. cik penulis! *dengan muka excited sambil bertepuk2 tangan*

    best laa cerpen ni... jalan cerita dia sedikit lain dari yang lain...
    good job...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. trimas2. cliche jugak ni sebenarnya. hahaha

      Delete
    2. hmmm... tak jugak... cliche in a different way...
      let say; pokok pangkal cerita ni pasal tujuh permintaan untuk mereka kahwin; ok, soal kahwin memang dah cliche utk cerpen2 dan novel2...
      tapi; sy tengok pada execution of the story... pada saya itu yang membuatkan sesuatu cerita tu lain dari yang lain... pada watak, dialog, humor yang ada...

      contohnya; ramai orang ada masalah duit... tapi masalah duit tu disebabkan apa yang melainkan keadaan masing2... even if penyebab masalah tu sama pun, different people will react in a different ways... especially in difficult situations... dannn, takde cerpen or novel yang pokok pangkal cerita pasal masalah duit memanjang... kalau banyak cerpen/novel buat pasal masalah duit, mesti topik cuit pun kita akan nampak cliche seperti topik cinta/kahwin...

      apape pun, this is just my opinion... because i define cliche in a different way...

      waiting for your last cerpen for this year... *tengok status kat fb td... hehe*

      Delete
    3. hmmm... tak jugak...

      cliche in a different way...
      kalau tgk persoalan pokok; pasal cinta/kahwin --> memang cliche...
      tapi, sy tgk pd execution of the story --> pd watak2, dialog, humor, nilai2 lain...
      itu yang menarik dan mengekalkan pembaca utk terus membaca...
      kalaulah semua cerpen/novel buat persoalan pokok mereka mengenai masalah kewangan; nescaya itu pun akan jd cliche...
      tapi sebab takde cerpen/novel yang buat masalah kewangan memanjang, so kita tak perasan pun yang masalah kewangan manusia pn lebih kurang sama je...
      anyway, it's just my humble opinion... teruskan berkarya ye sis...
      you have a bright future... insya Allah... aamiin...

      Delete
  10. Assalamualaikum. Jalan cerita yang sangat tersusun. Bahasa dia cantik. terskan menulis dengan baik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam, kak. heee. insya-Allah akan terus menulis dgn baik. thanks ya kak sudi singgah sini <3

      Delete
  11. Replies
    1. kalau tak suka, nangis hanna fikiran ending nanti. ihiks

      Delete
  12. chaiyyok Hanna Aleeya...best sgt cerpen ni...cerpen yg ada kelainannya...impressed of u my dear friend.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, ain. cliche ja ni. hahaha. komen hang buat aku terharu ah T.T

      Delete
  13. best sangat cerpen ni..ada kelainannya...impressed of u my dear friend Hanna Aleeya
    :)

    ReplyDelete
  14. Kak Hanna... Best arr cerpen ni...

    ReplyDelete
  15. eh, ni dah boleh terbit novel. Ada bakat apa kat hantar kat jemariseni ke? pts ke? cubalah mana2. sebab awak ada bakat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huu. boleh terbit apanya. tulis pun macam budak 5 tahun ni. T.T hahaha

      Delete
  16. Wah... so sweet!

    ReplyDelete
  17. best...peminat Hlovate ya?cz ade perkataan yg Hlovate slalu guna..cthnye mcm sarkastik dgn rahang bawah jatuh...
    pe2 pun..jln ceritanye best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiksss. yepz. hanna suka hlovate gila. hahaha. tu yg kadang2 terikut penulisan dia. thanks, kak. <3

      Delete
    2. samala...akak pn suka novel dia..xpe...keep in touch..nti 1day..bila dah byk pengalaman sure blh jd mcm dia..blh ade trademark sendiri..hehehe

      Delete
    3. dia sangat ohsem. ahaks. mustahil jadi macam dia. suka dia punya sign. comel gilew. hahaha

      Delete
  18. menarik cerita nie...akak pun ada jugak buat novel kat blog tapi x hebat macam adik lah...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa ja kak. hiksss. huissy. tak adalah. u're better than me ah.

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. citer nie best,lain drpd yg lain
    bwtlah cerpen bnyk2 lagi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. trimas2. insya-Allah akan buat cerpen lagi

      Delete
  21. comelllllllllllllllllllllllllllllllllllll gila.haha

    ReplyDelete
  22. awat mamat tak berjenis tu sweet terlebih gulaa. haha. nice!

    senyum2 je baca. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia makan gula byk sgt. hahaha. heee. thanks, kak <3

      Delete
  23. awat mamat tak berjenis tu sweet terlebih gulaa. haha. nice!

    senyum2 je baca. :D

    ReplyDelete
  24. Macam jalan cerita Life as We Know It! Terbayang-bayang muka Duhamel, Heigl and their baby! Last but not least suka idea tujuh permintaan tu, dan Kareef orang terakhir buat permintaan nak kawin dengan Lili. So sweet okay! Keep it up cik writer! Kenapalah tak jumpa blog ni awal-awal??!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok lagi cita tu. hohoho. cer try buat tujuh permintaan kat dunia nyata. hahaha.

      Allah bagi kita jumpa lambat. ahaks. apa pun. welcome to my blog buruk

      Delete
  25. baru baca 2 cerpen HA ...best sangat. walaupun cliche kata HA tapi olahan dalam sesuati cerita yang buat ia berlainan. keep it up untuk menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen dulu2 lagi mengarut. hahaha

      insya-Allah ill try my best. hohoho. thanks ya

      Delete
  26. Hi hi hi..heee.Ala nape cerita ni xfull.baru syok layan..huhu.btw saya suka cerita awak.saya pun ada impian nk jadi penulis.insyaallah satu hari nanti.wish me luck okay?Eh lupe nk ckp nama saya izzati.selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi. maaf. cita ni tak full sbb jadi mobile novel. ahaks. thanks. sip. wish u the best. semoga jadi seorang writer yang berjaya ya. hahaha. selamat berkenalan jugak

      Delete
  27. Bes cerpen ni..dye nampak same ngan citer lain sbb at first dyorang gaduh but at climax of the story kte suspen..ape yg kaleef akan buat..that is different..good hanna..actually I love sastera.

    ReplyDelete
  28. My Kareef a.k.a Eef <3 <3 <3

    Mrs Kareef a.k.a Alisa :P

    ReplyDelete
  29. Tiada bahasa seindah kata..tiada kata seindah doa..markah penuh..ggggooooooooooo hanna

    ReplyDelete
  30. macam mana nak beli cerpen ni

    ReplyDelete
  31. Nak baca ending 7 permintaan...boleh ke? Nak dapat kat mana.?

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...