cerpen : Hati Masih Di Sini 2

 HATI MASIH DI SINI 2

  Laju saja aku mengorak langkah. Tidak aku pedulikan Isyraf yang lantang menyeru namaku. Tidak juga aku pedulikan berpasang-pasang mata yang jatuh pada wajahku. Bibirku tidak menggariskan senyuman seperti selalu. Wajahku kosong tanpa sebarang riak. Aku menjinjing beg kertas kosong. Entahlah. Aku pun tidak pasti mengapa aku harus menjinjing beg kertas itu.

   “Cahaya!”

  Aku menghela nafas lemah.

  Berhenti memanggilku Cahaya.

  Peristiwa lalu kembali bermain di mindaku sekaligus mendera jiwaku. Seorang lelaki yang aku kenal telah memeluk seorang gadis. Di manakah adab sebagai seorang Muslim?

  “Sampai bila you nak mengelak?” laungnya lagi.

  Aku tetap berjalan. Sudah terlewat untuk berjumpa Imanina. Sungguh aku tidak pedulikan lelaki itu lagi. Dia hanya kenangan lalu yang menyakitkan. Silapku juga kerana menerimanya sebagai seorang insan yang mungkin menjadi suamiku.

  “You pengecut, Cahaya! You tak berani nak berhadapan dengan I.”

  Senyum pahit tiga saat dan tetap melangkah.

  Bukan aku yang pengecut, Isyraf. Kau pengecut! Kau tak berlaku jujur.

  Kalau Imanina ada saat ini, pasti Isyraf sudah menjadi mangsa amarahnya. Hanya aku yang melempiaskan amarah dalam diam. Hanya aku yang menangis sendiri.

  “Sampai bila you nak hukum I? I sayangkan you.” Suara Isyraf menampar keras gegendang telingaku.

  Insan yang berpapasan denganku memandangku hairan. Wajahku ditundukkan. Menekur rumput. Dan aku tahu lelaki itu tetap mengekoriku. Sebulan lebih aku cuba mengelakkan diri. Hayani juga sudah lama tidak aku jumpa. Melihat wajahnya membuatkan hatiku semakin terluka. Jalan yang terbaik adalah lari dari masalah ini sebentar.

  Dari jauh, aku dapat melihat Imanina sedang duduk di atas bangku.

  Imanina mendekatiku. Tanganku dicapainya lalu dia memaksaku membuntuti  langkahnya. Wajahnya merah.

  Saat kami tiba di hadapan tasik universiti, dia berdiri di hadapanku. Isyraf berdiri tidak jauh dariku.

  “Kau ajak budak tu sekali kenapa?”

  “Dia yang ikut aku, Nina.”

  Imanina merengus kasar. Tanganya singgah di pinggang. Matanya dipakukan pada wajah Isyraf.

  “Cahaya…”

  Aku tersentak. Dirasakan seperti lelaki itu berdiri betul-betul di belakangku. Terus aku berpaling. Lelaki itu memang berdiri betul-betul di belakangku tadi.

  Redup wajah itu memandangku. Secalit senyuman nipis terpalit di bibirnya. Jari-jemarinya diletakkan di dalam saku slack hitam. Bibirku seolah-olah terkunci. Lidahku kelu. Suaraku bagaikan hilang.

  “Kenapa you lari dari I?” ajunya lembut.

  Senyap.

  “You bencikan I?”

  “Memang dia bencikan kau. Aku tak tahulah kau ni ada perasaan ke tak. Kau bahagia dah lukakan hati Ilham? Kau bahagia tengok dia nangis sebab kau yang bengap semacam ni?”

  Butir-butir peluru berpandu sudah keluar dari mulut seorang Imanina dan aku hanya mampu mendiamkan diri. Lelaki di hadapanku tika ini bukan untukku. Dia milik orang lain. Hati dia bukan untukku. Aku tidak perlukan penjelasan lagi. Tinggalkan saja aku sendiri. Aku perlukan ketenangan. Aku perlukan kesepian.

  Wajah Isyraf berubah. “Maksud kau?”

  Suara Isyraf tenggelam.

  Imanina mengoyak senyuman sinis. Dia menarikku ke belakang dan dia mampir ke depan. Mencerlang matanya memandang lelaki itu.

  “Kau jangan pura-pura lagi, Isyraf. Kau jangan ingat kami tak nampak apa yang kau buat dengan minah gedik tu. Kau tak layak untuk Ilham!”

  “Aku tak faham.”

  “Kami nampak kau peluk si Hayani gedik tu kat bus stop. Lelaki jenis apa kau ni? Tak sedar ke kau tu orang Islam?”

  Isyraf menarik nafas. Berkerut-kerut dahinya. Jemarinya menekan dahi berkali-kali.

  “Dengar dulu penjelasan aku,” ujar lelaki itu perlahan.

  Imanina menggeleng laju. Nina, Nina.

  Nasiblah siapa yang dapat Imanina nanti. Mulut memang pedas. Lembutnya tidak. Sejak kecil kami berkawan dan aku tidak pernah melihat dia mengalirkan air mata meskipun untuk tempoh satu saat. Betapa tegarnya dia. Bukan seperti aku. Mudah sungguh menangis. Mudah sungguh terluka. Nur Ilhamina tidak kuat!

  “Aku nak balik.” Tiba-tiba saja aku bersuara.

  Imanina berpaling. Dia mengangguk.

  Saat aku sudah mengorak langkah, namaku diseru namun aku tidak berpaling. Hanya langkahku yang mati.

  “Akak, saya nak bagi penjelasan pasal saya dan Isyraf.”

  Hayani muncul tiba-tiba saja. Aku berpaling. Gadis cantik itu berdiri di sisi Isyraf. Jari-jemarinya singgah di lengan Isyraf.

  “Saya dengan Isyraf sebenarnya bercinta. Kawan Isyraf cabar Isyraf untuk pikat akak dan dia berjaya. Kami tak sengaja nak buat akak terluka. Maafkan kami, kak.”

  Air liurku terasa berpasir. Memandang Isyraf lama. Lelaki itu menggeleng. Sudahlah, jangan membohongi aku lagi. Kenyataan telah tersingkap. Aku hanya dipergunakan. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Nur Ilhamina, anda terluka lagi.

  “Cahaya, dia tipu. Kami…”

  Belum sempat dia meneruskan kata, aku menyampuk. “Nina, jom balik. By the way, tahniah sebab berjaya buat seorang Nur Ilhamina terluka. Moga bahagia di dunia dan di akhirat, Muhammad Akid Isyraf dan Iklil Hayani.”

  Aku kembali berjalan. Imanina berjalan di sisiku. Dia senyap. Air mataku tumpah lagi. Aku tewas. Tewas dengan perasaan sedih. Jika aku tahu ini yang akan terjadi, sungguh aku tidak akan membiarkan lelaki itu mendekati diriku. Takdir tetap takdir dan aku hanya mampu berdoa semuanya akan selesai.
 
BERSAMBUNG...


This is life, babeh. Benda yang kita rasa baik kadangkala tak baik dan sebaliknya. Drop komen kalau rajin.





   

9 comments:

  1. sedih pulak bila teng0k ilham sedih. huhuuu~
    sampai hati d0rang buat ilham camtu. T___T
    sambung, sambung! eps 3!~ :D:D:D

    pelik2 nama d0rang... hahaaa! tapi aku tetap suka~ (Y) sedap pulak nama Iklil Hayani~ <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak sedih pong. Muahaha
      kalau aku jadi ilham, memang depa makan penampar.
      nanti aku sambung

      pelik itu bagus. Nama aku pun pelik. hikss. nama ilham lagi sedap :p

      Delete
  2. waaa....sila smbung cepat2~~

    iman~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngehngehngeh. Malam ni hanna letak next entri

      Delete
  3. nak lagi! nak lagi...
    x saba' nk tnggu nie..
    heheheeh

    ReplyDelete
  4. nak lagi! nak lagi!...
    x saba' nk tunggu nie..
    hahhaahha

    ReplyDelete
  5. nak lagi ! nak lagi !!!
    cek x saba' nk tunggu nie...
    haahahah

    ReplyDelete
  6. Nama akak saye pon ilham,siti nur ilham shah

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...