cerpen : Hati Masih Di Sini 3

HATI MASIH DI SINI 3

  Buku 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih aku tutup. Wajahku diangkat. Merenung tajam Hayani yang berdiri di hadapanku. Aku bangun. Imanina juga. Sungguh aku tidak pasti mengapa gadis cantik di hadapanku ini mesti mengangguku. Mengikutku ke mana saja aku melangkah. Aku rimas! Melihat wajahnya saja sudah cukup untuk buatkan aku terluka.

  “Nak apa?” soalku dingin.

  Hayani menarik nafas panjang. Gadis bertudung merah jambu itu mengoyak senyuman nipis. Aku hanya menunjukkan wajah masam.

  Aku memeluk tubuh.

  “Saya nak minta maaf.”

  “Untuk apa? Aku tak rasa kau perlu minta maaf. Baik kau pergi sekarang. Jangan ganggu aku lagi,” ujarku perlahan namun tajam.

  Imanina memandangku tidak berkelip. Tidak menyangka seorang Nur Ilhamina akan menjadi setegas ini. Hayani tertungkap. Aku mengemas alat tulis yang bersepah di atas meja. Sudah tiba masanya untuk aku pulang ke rumah.

  Tubuhku dipalingkan. Mengatur langkah meninggalkan Hayani.

  “Kau ingat aku hadap sangat tengok muka kau?” jeritnya lantang.

  Langkahku mati. Aku meramas paper bag yang aku pegang.

  “Dahlah muka tak lawa. Ada hati nak halau aku. Aku pun bukannya teringin sangat nak jumpa kau dan minta maaf. Kalau bukan sebab apa yang Isyraf buat kat kau dulu, tengok muka kau pun aku tak sanggup.

  Kenapa kau sedih sangat? Come on! Isyraf hanya permainkan kau. Opss! Mesti kau ingat dia sukakan kau. Cik Nur Ilhamina, sila cermin muka dulu. Aku rasa Isyraf atau mana-mana lelaki kat dalam dunia ni takkan pilih kau meskipun kau the only woman yang tinggal.”

  Tekakku terasa kering. Imanina meletakkan jari-jemarinya di atas bahuku. Cuba memberikan kekuatan kepadaku.

  “Tak payah layan minah gila tu. Jom kita pergi. Dah lambat ni. Nanti mama kau bising.”

  Aku senyap. Meneruskan langkah kembali sebelum sekali lagi langkahku mati. Isyraf berdiri di hadapanku. Riak wajahnya cemas saja. Tangannya memegang dada. Peluh sudah merenik di dahi seolah-olah dia berlari ke sini. Rambutnya tidak tersisir rapi. Dadanya berombak kencang. Aku mengeluh lemah.

  Semua insan di dalam library berdiri. Menyaksikan ‘drama’ yang melibatkan aku tika ini.

  Hayani memintasku. Mendekati Isyraf. Cuba memegang lengan Isyraf namun lelaki itu menepis. Gadis cantik itu menarik muka.

  “Cahaya…”

  “Jangan dengar cakap perempuan tak guna ni.” Lantang saja lelaki itu bersuara.

  “Abang Isyraf ni kenapa?” rengek Hayani manja.

  Isyraf mengalihkan wajahnya. Mencerlung matanya memandang Hayani. Jari telunjuknya singgah betul-betul di hadapan wajah gadis itu. Wajahnya merah menahan amarah. Imanina merenungku hairan. Menagih penjelasan.

  “Kau puas dah berjaya tipu Cahaya?”

  Hayani melepaskan tawa kecil sebelum menggeleng.

  “Abang, abang. Pandai sungguh berlakon. Mana ada Yan tipu. Abang yang sahut cabaran kawan abang nak pikat Kak Ilham.”

  Darahku berderau.

  Aku menepuk tanganku berkali-kali sebelum mampir ke depan. Bibirku mengoyakkan senyuman sinis.

  “Muhammad Akid Isyraf, tahniah! Kau dah berjaya buat aku sukakan kau tapi aku hairan kenapa kau pilih perempuan macam aku. Kat u ni, banyak lagi perempuan lawa yang boleh kau pergunakan. Memang aku sedar siapa aku tapi aku silap sebab percayakan kau.

  Aku silap sebab sukakan kau. Hati kau bukan di sini, Isyraf. Hati kau tak dekat dengan aku.”

  Lelaki itu menggeleng. Aku senyum. Kolam mataku hangat lagi.

  Dia melutut di hadapanku. “Cahaya, I tak pergunakan you. I memang sukakan you. Hati I untuk you sorang je. Hati I masih di sini, sayang. Hati masih di sini. Dekat dengan you. Rasa sayang I tak pernah berubah meskipun you bencikan I dan tak percayakan I lagi.”

  Mana mungkin aku yakin hati dia masih di sini. Mana mungkin hati dia dekat denganku lagi.

  “Sweet talker macam kau hanya buat orang lagi terluka, Isyraf.”

  Telefon bimbitnya berdering. Dia bangun. Menyeluk saku slack dan mencapai telefon bimbit miliknya. Dia mengeluh.

  “Nur Ilhamina, I nak you tahu yang I tak bercinta dengan dia dan I tak peluk dia hari tu. Dia yang peluk I. Kalau memang you tak percayakan I, I tak boleh buat apa-apa. Moga you bahagia dengan hidup you.

  Kalau kita ada jodoh, pasti kita akan berjumpa lagi. I love you, Cahaya dan you kena ingat yang dalam tubuh you, mengalir darah I. Selamat tinggal, Nur Ilhamina.”

  Dan dia yang melangkah pergi meninggalkan aku.

*****

  “Bodoh gila budak tu. Aku cakap yang Isyraf gunakan dia pun dia percaya.”

  Terasa seperti duniaku gelap. Aku bersembunyi di sebalik tiang. Hanya mendengar Hayani berbicara dengan rakan-rakannya.

  “Betul ke Isyraf peluk kau?”

  “Mana ada. Aku yang peluk dia. Kalau korang nak tahu, aku memang sengaja langgar perempuan bengap tu. Puas hati aku tengok dia terlantar atas katil.”

  “Kenapa kau langgar dia?”

  Sengaja?

  “Siapa suruh Isyraf cintakan dia. Isyraf milik aku sorang je. Yang penting, perempuan tu dah tak percayakan Isyraf.”

  Aku terus keluar dari tempat persembunyian. Memandang Hayani. Dia terkejut. Rakan-rakannya menekur lantai. Laju saja aku menapak mendekatinya dan tanganku singgah di pipinya yang mulus. Dadaku sesak saat ini.

  Hayani melemparkan senyuman sinis.

  “Ilhamina, Ilhamina. Aku tak kisah kau tampar aku sebab kau dah hilang Isyraf. Fair and square. Aku tak dapat dia, kau hilang dia,” tuturnya sinis.

  Aku mengeluarkan handphone dari beg sandang. Aku harus menghubungi Isyraf saat ini.

  “Kau nak telefon dia eh? Sorry. Aku tak rasa dia akan jawab. Dia kat Aussie sekarang ni.”

  Lambat-lambat aku menggeleng. Mustahil!

  “Kau tahu ke dia dah tukar u? Kesian, kesian.”

  Tubuhku menyembah bumi. Air mataku jatuh setitik demi setitik. Silap kau juga Ilham. Tidak tahu membezakan yang salah dan yang benar.

  Maafkan aku, Isyraf. I did a mistake. A big mistake. Moga kita berjumpa lagi, Muhammad Akid Isyraf.



sibuk... ni pun curi-curi post entri. Drop komen ya kalau rajin. Oh ya, esok final. Nak happy ending or sad ending? ahaks


20 comments:

  1. cpat2...x saba' nk tunggu nie!!!

    ReplyDelete
  2. hoyeahhh...
    nk hepi ending plz...da pnat sdeyh ng drama isyraf-ilham-hayani..huuu

    nihow, gudluck 4 ur final =)

    ~iman~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah happy ending. Hikss. ceq pun dah penat ni. Depa duk main tarik tali lagi

      terima kasih, babeh

      Delete
  3. Touching, okay. Apesal Ilham ni mcm sedih je kisah hidup dia? Ayorkkk... Hana, jawab2... Haha. Well, good job, Hana. HMDS memang interesting! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah hidup dia memang sedih kut. kikikiki
      terima kasih sejuta kali kak

      Delete
  4. Wah bestlah. cepat2 lah sambung cerita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya sebab baca
      haip. nanti hanna sambung

      Delete
  5. hanna.. ko kene buat happy ending... jangan nak buat sad ending... karang ramai yang lempar laptop kat lantai...

    -dini-

    ReplyDelete
  6. please...happy ending please...

    ReplyDelete
  7. best la hanna! sambung lagiii . buat happy ending ke sad ending ke. penulisan hanna semuanya best2 belaka. akak penggunjung setia blog awk ni tau :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih terima kasih.
      terima kasih jugak sebab kunjung blog ni. Love you very much lah. ahaks

      Delete
  8. hanna! awat hang buat citer sedih! Ya Allah! nak nangis aku baca...
    jahat tul si yan tuuu! TT___TT
    sian Ilham...~

    btw, sedap nama Ilham tu utk pempuan. I likeee~ <3 ;)
    sambung2, eps 4! n___n

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak nangis bermakna cerita ni tak sedih. muahaha
      dia baik apa :p

      nama dia memang sedap macam nama aku
      dah sambung dah pong

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...