cerpen : Hati Masih Di Sini 4 (Final)

HATI MASIH DI SINI 4 (FINAL)

Januari, 2013

  Kakiku dilunjurkan. Melihat sang suria yang kian terbenam. Langit yang indah tidak bertepi menggamit perhatianku. Aku menarik nafas lemah. Pantai Chenang yang agak lengang membuatkan aku selesa. Sungguh aku benci akan kesesakan. Jari-jemariku mula singgah di pelipis. Entah ke mana Imanina menghilang. Hendak menelefonnya, dia telah mematikan handphone.

  Sesaat kemudian, mataku jatuh pada tubuh seorang lelaki yang berdiri di gigi air dengan gitar di atas bahu kanannya. Wajahnya ditundukkan sebelum dia mengundur beberapa langkah dan melabuhkan punggung. Mula memetik gitar.

  “When I look into your eyes. It's like watching the night sky. Or a beautiful sunrise. Well there's so much they hold. And just like them old stars.” Suara itu menampar lembut gegendang telingaku.

  Aku tersentak. Kenal benar dengan lagu dan suara itu. Kini, kami bertemu lagi setelah lama tidak bersua muka.

  “I see that you've come so far. To be right where you are. How old is your soul?”

  “Isyraf...” Tanpa sedar, aku menyeru namanya.

  Lelaki itu berpaling. Wajahnya berubah. Dia bangun. Merenung wajahku tajam. Tiada senyuman manis di bibirnya.

  “You buat apa kat sini?” ajunya dingin.

  “Aku... saya melancong. Awak?” 

  “None of your business!”

  Dan dia pergi meninggalkan aku sepertimana aku meninggalkan dia di kala dia cuba menagih kepercayaanku. Inikah balasannya?

  Aku terus dan terus memandang dia sehingga lenyap dari pandanganku. Saat aku ingin melangkah pergi, mataku tertancap pada gitar yang terletak elor di atas pasir. Tubuhku ditundukkan sedikit dan aku mencapai gitar tersebut. Rasa sebak mula bertamu di dahi. Titisan hangat mula jatuh tanpa henti. Terhinggut-hinggut aku menahan esakan.

  Dulu, dia pergi meninggalkan aku dengan perkataan I love you dan kini dia meninggalkan aku dengan perkataan none of your business. Orang yang sama namun hakikatnya, dia telah berubah. Tiada lagi Muhammad Akid Isyraf yang aku kenal.

  Ada jemari menyapa bahuku. Aku berpaling. Imanina berdiri di belakangku.

  “Kenapa ni?”

  “He’s back,” gumamku perlahan.

  Wajah Imanina bertukar cerah. Menepuk tangan berkali-kali dan melompat penuh kegembiraan. Dia belum tahu apa yang terjadi beberapa minit yang lalu. Dia fikir, aku bahagia dengan kedatangan Isyraf. Ya! Memang aku bahagia namun semuanya telah berubah.

  Tangannya dibawa ke dada. “Aku nak kena beritahu family kau. Mesti Along, Angah, mama dan papa kau bahagia.”

  “Aku nak balik hotel.”

  Dan aku bangun. Membawa gitar itu juga.

  “Ilham, kenapa kau macam tak happy dia balik?”

  Bibirku menggariskan senyuman kelat.

  “Dia benci aku, Nina. He hates me very much.”

*****
  Along merebahkan tubuh di sisiku. Aku hanya memerhati tanpa sepatah kata. Dia meletakkan tangannya di atas bahuku. Sejak aku pulang dari Langkawi, Along dan Angah setiap hari menjengukku. Pasti Imanina memberitahu mereka tentang Isyraf.

  “Baby, jom titew pergi makan aiskrim.”

  Aku geleng malas. Terus bangun.

  “Nak pergi mana?” soal Along hairan.

  “Masuk bilik.”

  Terus berjalan.

  “Ilham memang pengecut. Sampai bila Ilham nak jadi macam ni? Asyik terperap dalam bilik. Muka pun macam bini mati laki. Ilham tak boleh lari dari kenyataan,” laung Along kuat sehingga aku berhenti melangkah.

  Nafas dihela panjang. Tubuhku dipalingkan. Memandang Along yang tersengih. Sungguh aku bertuah kerana mempunyai abang-abang yang selalu menjagaku, berada di sisiku ketika susah dan senang. Tanpa mereka, mungkin aku telah lama tersungkur. Imanina juga. Betapa bertuahnya insan bernama Nur Ilhamina.

  Dan aku terus teringat tentang gitar kepunyaan Isyraf.

  “Ilham masuk bilik kejap. Nak ambik gitar. Nak bagi balik gitar tu kat tuan dia.”

  Aiskrim magnum dihulurkan kepadaku. Terus aku capai tanpa sepatah kata. Duduk di kaki lima merupakan perkara biasa untuk aku, Along dan Angah. Dulu, kami akan melepak bersama-sama sehingga bosan namun kini, semuanya berubah. Aku bagaikan patung yang tidak bernyawa. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah. Mama dan papa juga selalu khuatir akan keadaanku. Mujur Amanina menjagaku di kampus.

  Wajahku ditundukkan sedikit. Along bernyanyi riang. Ada kaki singgah di pandanganku. Aku mengangkat wajah.

  “Isyraf.” Memanggilnya di luar sedar namun terlalu perlahan untuk sampai di telinga Along mahupun telinga lelaki itu sendiri.

  “Fizi, long time no see.”

  Along bangun dan memukul bahunya. Mereka ketawa. Aku hanya memerhati tanpa berbicara. Janggal rasanya untuk mengeluarkan suara. Lelaki itu kelihatan sihat sahaja. Bibirnya melemparkan senyuman manis. Sudah lama aku tidak melihat senyumannya. Tidak mendengar tawanya juga untuk tempoh yang agak lama.

  Semua anggota keluargaku mengenali Isyraf kerana ayah Isyraf kenalan papa. Boleh saja aku menyuruh papa meminta nombor telefon Isyraf namun aku enggan menganggunya.

  Air liurku terasa berpasir. Tekakku terasa perit.

  “Bila balik?”

  “Awal bulan hari tu. Kau sihat?”

  “Sihat. Semua orang dalam family aku sihat melainkan…” Kata-kata Along berhenti dan dia melihatku seketika.

  Isyraf senyum pahit.

  Lelaki itu mengerling jam bertali coklat pada pergelangan tangannya. Dahinya berkerut. Mungkin dia sedang mengejar masa.

  “Aku kena pergi dulu. Mama tengah tunggu kat rumah. Keluar ni pun sebab dia suruh beli barang dapur.”

  Dia pergi. Aku menggaru kening. Gitarnya ada pada diriku. Mana mungkin aku menyimpan barang miliknya. Mahu tidak mahu, aku harus pulangkan juga. Jika tidak, rasa sakit makin menghentak dadaku.

  Along memandangku seolah-olah menyuruhku memanggil nama Isyraf.

  “Isyraf!” laungku kuat.

  Dia berpaling. Aku menapak mendekatinya. Betapa hebatnya getar di hatiku tika ini. Rasa yang tidak pernah hilang meskipun sesaat. Kenangan lalu kembali bermain di minda. Berperang hebat dengan perasaanku sendiri.

  Tidak guna terus mencintai dia.

  Serius saja wajahnya. Tiada senyuman.

  “Err… gitar awak ada kat saya.”

  “Tak apalah. Ambik je gitar tu. I boleh beli yang baru,” ujarnya selamba.

  Aku menggeleng. Sungguh aku tidak mahu menyimpan barang miliknya. Dia ambil kembali gitarnya dan aku akan kembali tenang.

  “Saya tak nak simpan barang awak nanti barang awak rosak. Tunggu sekejap saya ambil.”

  Dan aku berjalan merentasi jalan raya. Telefonku berdering. Langkahku mati. Mencapai handphone dan aku terlupa aku sedang berdiri di tengah jalan. Mesej dari Imanina rupanya. Hanya dia yang rajin menelefon dan menghantar mesej.

  Ponnn!

  Aku mengangkat wajah. Sebuah Honda Civic hitam metalik terbias di kornea mataku. Aku kaku.

  “Cahaya!”

  Tubuhku melayang ke udara seperti waktu dulu. Aku tersenyum dalam kesakitan. Perkara yang sama berulang lagi dan dia memanggilku Cahaya.

  Jika ini pengakhiran hidupku, aku rela.

*****

  “Kau memang sengaja kan?”

  Aku terjaga. Kelopak mataku terbuka. Isyraf, Along, Angah dan seorang perempuan berdiri di penjuru bilik serba putih ini. Jemariku singgah di dahi. Kepalaku berpinar. Perlahan-lahan aku bangun namun tiada siapa menyedari perbuatanku.

  Kakiku terjuntai jatuh ke lantai. Tidak aku pasti siapakah gadis yang berdiri membelakangiku.

  “Kenapa ni?” tanyaku perlahan.

  Semua berpaling. Mataku membuntang saat mataku dipakukan pada wajah gadis itu. Hayani!

  “Hayani?”

  Gadis itu berlari menghampiriku. Matanya merah. Menyembamkan mukanya pada bahuku. Keningku bertaut rapat.

  Isyraf mendekatiku. Berdiri di hadapanku.

  “Cahaya okey?”

  Aku angguk.

  “Kak, maafkan Yan. Yan betul-betul tak sengaja terlanggar akak tadi. Sumpah! Tolong percayakan Yan. Memang Yan banyak buat jahat kat akak. Tipu akak, hina akak tapi tadi, Yan tak sengaja langgar akak,” tuturnya dalam sendu.

  Aku senyum. Kepalanya aku usap lembut. Yang berlalu, biarlah berlalu. Bagiku, semua ini hanya masalah kecil. Dulu, dia mungkin masih keanak-anakan. Mungkin pada dia, cinta adalah segala-galanya.

  “Akak maafkan kesilapan Yan. Biasalah. Kita cuma manusia biasa. Lagipun, tak sakit mana sangat. Take it easy je.”

  “Maafkan Yan, kak.”

  “Akak dah maafkan dah.”

  “Cahaya…” Lelaki itu kembali bersuara. Keningku dijongketkan. Menunggunya berkata-kata dengan penuh sabar.

*****

  Sedari tadi, aku hanya mendiamkan diri. Along memerhati kami berdua sebelum matanya jatuh pada akhbar yang dipegangnya. Aku duduk bersandar pada palang katil. Isyraf mengambil tempat di sisiku.

  “Maafkan I. Memang salah I sebab pergi tanpa beritahu you. Marah you time kita jumpa hari itu. I was shocked sebab kita dah lama tak berjumpa. I tak berniat nak marah you. Ikutkan hati, I nak berbual dengan you macam biasa tapi entahlah.

  Hati I tak pernah berubah, sayang. Memang I jauh dari you tapi hati masih di sini. Dekat dengan you,” luahnya lembut.
  Aku senyap.

  “Salah saya jugak sebab tak percayakan awak.”

  “Well. Kita sama-sama salah dan sekarang, kita dah belajar daripada kesilapan kita. Okeylah tu. Happy ending. You maafkan Hayani, I terangkan perkara sebenar dan kita akan bersama.”

  Ada-ada saja lelaki ini.

  “Amboi! Suka hati kau je nak hidup dengan aku. Ambik hati aku dulu. Baru boleh kahwin dengan adik aku.”

  Isyraf menggaru kepalanya berkali-kali. “Tiap-tiap hari aku ambik hati kau. Bising ar kau ni. Diamlah!”

  Semuanya telah kembali seperti biasa. Tiada lagi salah faham. Tiada lagi rasa sakit di hati ini. Well! Dia bukan sesiapa denganku sebenarnya. Bukan teman lelakiku mahupun tunangku namun aku berharap hubungan ini berakhir dengan ikatan perkahwinan. Bukannya aku berharap lebih tapi dirasakan itu yang terbaik.

  Pap! Terus aku teringat sesuatu.

  “Kenapa awak pergi Aussie?”

  Dia sengih. Tayang barisan gigi yang tersusun rapi.

  “Sebab I merajuk. You tak percayakan I. I kecik hati. Terus suruh papa uruskan perpindahan I.”

  “Ceh! Macam anak kecik.”

  “Memanglah. Cahaya, jom kahwin.”

  Bibirku dicebikkan.

  “Kahwin kebendanya. Tak nampak ke saya tengah sakit?

  Tangannya digawang beberapa kali.

  Nur Ilhamina sudah sihat sepenuhnya. Baik dari segi fizikal juga mental.

  “Bukan sekarang. Lepas you sihat nantilah.”

  “Tak nak ar. Saya muda lagi,” tolakku.

  “Tak kira. I suruh papa I masuk minang. Tak larat nak tunggu lama. I ni dah 25 tahun. Tunggu you grad, memang taklah. Kesabaran I ada batas woo.”

  “Tak nak!”

  Aku memeluk tubuh. Kepalaku dibawa ke tepi. Persis anak kecil yang sedang merajuk atau marah. Along menggeleng.

  “Lalala. You bangkang macam mana pun I tetap akan kahwin dengan you. I sayang you sebab tu nak kahwin dengan you. You sayang I tak?”

  Wajahku merah.

  “Jawablah,” gesanya.

  “Sayang.”

  “Wokey! Along, bulan depan aku jadi adik ipar kau.”

  “Ngee… mana boleh!”

  “Blablabla.”

  “Macam budak kecik.”

  “You pun macam budak kecik tapi I tetap sayang you. Hati I untuk you je. I love you, Nur Ilhamina. You’re the only person who can take my breath away.” Gemersik suara memetik gegendang telingaku.

  Saya sayang awak jugak.

  Selepas banyak liku aku lalui, takdir menemukan kembali aku dan dia. Sungguh aku bahagia dengan takdir Yang Esa.

  Muhammad Akid Isyraf, tahniah! Tahniah kerana telah membuatkan seorang Nur Ilhamina bahagia.

  “Tak jadilah kahwin nanti. Kita kahwin sekarang je lah. I tak sanggup dah tunggu you lega dari sakit you tu. Tunggu sekejap I telefon papa.”

  “Muhammad Akid Isyraf!” jeritku geram.

  Pecah tawanya dan Along. Puas hati agaknya boleh mengenakan aku. Biarlah! Asalkan semuanya sudah kembali seperti biasa.

  Benar. Hati dia memang masih di sini. Dekat dengan aku.

  

Akhirnya... kisah ini tamat juga. Terima kasih kepada anda yang membaca, menglike dan mengomen. Terharu sebab ada jugak orang baca meskipun hanna bukan seorang novelis. Tak pernah pong terbit novel. Ada blog buruk ni ja. Thanks uolls.


amacam? okey dak ending? maaf atas segala kekurangan. Typo ka typa ka. Bianata. Byebye. See ya. Boleh drop komen kalau rajin




12 comments:

  1. hoyeahhh....tp mudah sgt nk maapkan tu...huuu

    ~iman~

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly, hanna tak suka buat cerita orang yang suka berdendam dan susah maafkan orang. hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe. terima kasih sejuta kali cik anon sbb baca

      Delete
  3. yay! kawin jugak d0rang akhirnyaaa! yippiieee! ^___^
    "You are the only one who can take my breath away."
    ayat tu...romantik gileee!~ huhuu...
    rasa, macam aku pulak Ilhamina~ mwahahahaaa! XD

    btw, thanks buat cerpen menarik! :D nanti ada cerpen lain. aku nak baca! ngeee~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay. Kisah ni habis jugak akhirnya.
      erk! perasan gila

      ur welcome, babeh. bagus bagus. Baca semua yang aku tulis. muahaha

      Delete
  4. best best best, aku pening nak cakap best bape kali, sebab cerpen ko memang best sangat sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha. sampai pening kepala
      terima kasih sebab baca ;)

      Delete
  5. Huu...best lorh...bru dpt bca...hee..hanna...insyaAllah..who knows...in future awk akn jd seorang novelis yg mletup...huhu..aisya doakn yg trbaik....huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas2.
      na. takkan punya jadi novelis meletops bagai. menulis ni pun main hentam saja. apa pun, thanks tau <3

      Delete
  6. Huu..bru la ni dapat baca...hmm...hanna...nk gtau ni
    ..no wonder...one fine day...u will be a meletup novelis...hahaha...insyaAllah...sis,..keep it...all the best...n this story,...are rlly sweet...

    ReplyDelete
  7. Buat la pasal imanina pulak!

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...