cerpen : Hati Masih Di Sini

  HATI MASIH DI SINI

  Nafas dihela lemah. Dari mengorak langkah laju, aku terus berpaling. Bibirku diketap. Lelaki yang memanggilku sedari tadi langsung aku tidak endahkan. Laungannya menjemput pandangan sinis beberapa orang senior perempuan. Ah! Aku peduli apa.

  Dan akhirnya, dia berjaya memintas diriku. Tangannya didepakan untuk menghalang aku daripada terus berjalan.

“Esok you busy?”

“Sampai bila-bila pun aku sibuk. Nak apa?” soalkukasar.
  Dia mengoyak senyuman manis. Aku tahu kenapa dia datang berjumpa denganku.

“Kura-kura dalamperahu, pura-pura tak tahu. Nak ajak you keluar makanlah. Boleh tak?”

  Kepalaku digelengkan laju tiga saat. Sejak aku menjejakkan kaki ke sini, acap kali lelaki jurusan undang-undang ini mengangguku. Sudah dihafal jadual kuliahku. Sudah dihafal namaku, alamat rumahku dan semua tentang diriku. Sepanjang 21 tahun aku duduk di atas muka bumi ini, dia lelaki pertama yang pandai menganggu hidupku.

  Dua orang mahasiswi berpapasan denganku dan menggariskan senyuman sinis. Aku tidak pasti mengapa aku selalu dibenci dan dikutuk. Sungguh! Aku tidak minta untuk jadi seperti ini. Aku tidak minta untuk dikacau.

  Wajah itu kelat.“Kenapa tak boleh pulak?”

  “Mr. Isyraf, nak dengar satu ayat tak?”

 “Nak!”

 “Aku tak suka diganggu dan aku takkan layan mana-mana lelaki.”

  “Miss Cahaya, nak dengar satu ayat tak?”

  Aku senyap.Tidak berkata apa-apa.

  Jika aku tidak mahu mendengar kata-katanya sekalipun, dia tetap akan berbicara. Dia tetap dengan keputusannya.

  “I suka ganggu you dan I akan pastikan you layan I. Kita tetap akan bersama, sayang,” bisiknya di cuping telingaku sebelum berlalu pergi.

*****

  Imanina menolak kerusi masuk ke dalam meja. Perpustakaan yang semakin sesak membuatkan aku tidak selesa. Badan sudah melekit dan perut juga sudah berkeroncong minta diisi. Kelopak mataku pula sudah terasa berat.

“Bahagianya aku. Esok tak ada kelas!” ujar Imanina ceria.

  Aku mengangguk. Bolehlah aku siapkan assignment yang bertimbun. Boleh belajar, boleh berehat. Ini yang dinamakan menuntut ilmu. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kuatkan hati, berusaha dan berdoa. Jika kegagalan yang bertamu, tetap akan rasa bahagia kerana telah berusaha dan berdoa.

  Imanina sibuk saja membebel. Aku menarik muncung sebelum berjalan di tengah jalan raya. Tanganku menghalang simbahan sang suria daripada terkena wajah.

  “Ilham!”

  Muka blur aku tayang. Memandang Imanina. Langkahku mati. Seraut wajah cemas itu mengundang rasa hairan di hatiku.

  “Belakang kau ada kereta!”

  Saat itu, tubuhku melayang ke udara. Dahiku berkerut. Sakitnya hanya DIA yang  tahu. Kepalaku berpinar. Sungguh aku buntu. Rasa sakit semakin lama semakin menebal dalam diriku. Kekuatanku seolah-olah hilang begitu saja.

  Tubuhku terhempas di atas rumput. Imanina berlari mendekatiku. Bibirku mengoyak senyuman kelat. Jari-jemariku memegang belakang kepala. Perlahan-lahan aku bangun dan duduk. Seorang gadis yang memakai kemeja kotak berwarna putih dan jeans hitam mengorak langkah menghampiriku. Bibirnya digigit.

  Gadis cantik itu melutut di hadapanku.

  “Kak, maafkan saya. Saya tak nampak akak tadi,” ujarnya penuh sesal.

  Mata Imanina membuntang.

  “Tak nampak? Kau ingat kawan aku ni kecik semut ke sampai kau tak nampak dia? Bawak kereta macam pelesit.” Suara Imanina naik seoktaf.

  Aku menggeleng. “Aku okeylah. Janganlah marah dia. Salah aku jugak sebab jalan tengah jalan raya. Mahu aku tak kena langgar.”

   Sepatutnya aku berjalan di tepi untuk mengelakkan dilanggar. Malang memang tidak berbau. Kalau berbau, dah lama aku tak jalan di tengah jalan raya.

  Wajah gadis itu semakin lama semakin tunduk. Mungkin dihantui rasa bersalah.

  Kolam mataku bergenang. Kepalaku sakit. Badan juga. Aku bingkas bangun. Penglihatanku agak kabur. Imanina turut bangun. Dia memegang tanganku. Aku tersenyum. Jariku menyapa bahu gadis itu. Dia mengangkat wajah.

  “Bangunlah. Akak okey.”

  “Betul?” ajunya menginginkan kepastian.

  Kepalaku diangguk lemah.

  “Betul.” Serentak itu dia terus bangun. Tangannya mengibas baju yang terkena rumput.
  Badanku terasa goyah. Bagaikan tubuh ini ingin menyembah bumi. Imanina mengambil beg sandangku lalu dipegangnya.

  “Adik baliklah. Akak dah sihat dah,” tipuku.

  Sesaat kemudian, kereta gadis itu meluncur laju membelah jalan raya. Ekor mataku mengiringi pemergiannya. Imanina memandangku hairan. Jemariku menyentuh pipiku. Aku tidak berdaya untuk menepis. Kemudian, tangannya memegang erat bahuku. Aku senyum lagi. Dia menayang wajah serius.

  Kepalaku berdenyut-denyut. Dari jauh, aku dapat melihat Isyraf mendekatiku.

  “Ilham, muka kau pucat.”

  “Mana ada. Jom gerak,” ajakku.

  Isyraf berhenti melangkah. Tangannya didepakan. Pasti ingin menghalangku daripada terus berjalan lagi. Imanina sudah menayang muka bengang.  Aku berjalan dan terlanggar bahunya. Tubuhku semakin lemah. Kekuatanku habis! Hampir saja aku rebah ke bumi namun Isyraf lebih pantas menyambut tubuhku. Titisan hangat mula menodai pipi. Sakit!

  Kelopak mataku bergerak. Jemariku juga.

  Terbias wajah risau Imanina di kornea mataku saat mataku terbuka. Wajah mama dan papa juga. Seperti biasa, dua ulas bibir ini mengukirkan senyuman.

  “Ilham okey?”

  “Okey, pa.”

  Mama mengelus lembut pipiku. Aku tahu dia risau dengan keadaanku.

  “Kau buat aku risau,” tutur Imanina sambil menumbuk bahuku.

  Bilik putih yang aku diami tika ini tidak menarik bagiku. Semuanya putih. Entah sampai bila aku akan berada di sini. Yang pasti, seluruh tubuhku masih sakit. Malah lebih sakit berbanding saat aku dilanggar.

  Kipas siling berputar perlahan.

  “Aku okeylah. Bukannya sakit mana pun.” Cuba meyakinkan Imanina.

  Dia mencebik. “Okey sampai pengsan?”

  Kata-kataku mati. Bibirku terkunci.

  Isyraf! Dia yang menyambut tubuhku. Ah! Malunya. Sepatutnya, dia biarkan saja aku rebah. Dia bukannya mahramku sehingga boleh menyentuhku.

  Mama dan papa meminta izin untuk ke kafe hospital. Mungkin ingin mengisi perut. Imanina melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia merenungku tajam. Aku hanya memerhati tanpa sepatah kata. Malas pula untuk berbicara saat ini. Lebih baik berdiam diri dan berehat kerana aku terlalu letih namun Imanina seperti tidak ingin beredar pula.

  Tanganku disentuh.

  “Dia yang bawak kau ke hospital tadi.”

  “Oh!” Hanya itu yang terluncur dari bibirku.

  “Dia yang derma darah kat kau tadi,” ujar Imanina lagi.

  “Okey.”

  Keningku bertaut. Derma darah?

  “Apa? Derma darah?”

  Imanina mengangguk.

  Kenapa pulak dia kena derma darah? Aku bukannya kehilangan darah pun. Hanya tubuh dan kepalaku sakit. Itu saja.

  “Kau kehilangan banyak darah tadi. Kau ni pun tak boleh pakai. Kepala kau berdarah teruk okey! Badan pun. Kenapa kau tak sedar?”

  “Berdarah? Tak pun!”

  “Tu yang aku cakap kau tak boleh pakai. Badan sendiri luka sampai berdarah pun tak sedar.”

  “Manalah aku tahu!”

  “Blablabla. Yang penting, dalam tubuh kau ada darah Isyraf. Muahaha.”

*****

  Lelaki itu mengoyak senyuman. Dia melipat akhbar lalu mencapai telefon bimbit miliknya. Imanina menjulingkan mata. Sudah tiga minggu aku di sini dan tiga minggu juga si Isyraf menjadi pelawat tetap. Nurse kat sini pun dah boleh hafal nama dia.

  Imanina merengus kasar. “Wei, bila nak balik?”

  “Ikut suka akulah. Kau tak payah sibuk. Cahaya dahaga?”

  Aku menggeleng.

 “Mangkuk, nama dia Nur Ilhamina. Bukannya Cahaya Ilhamina.”

  “Tak apalah. Nur tu kan bermaksud cahaya. Okey apa aku panggil Cahaya. Sedap pun sedap. Kau tu tak payah nak bising. Kang aku panggil kau Nine baru tahu.”

  “Nama aku Imanina. Bukannya Nine!”

  Bibirku mengoyak senyuman kelat. Aku bangun dan duduk. Bosan rasanya asyik terbaring sepanjang masa. Mama dan papa hanya datang apabila waktu bekerja tamat. Along dan Angah kadangkala datang juga menjengukku. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa sebenarnya. Aku tidak mahu menyusahkan mama, papa, Along dan Angah. Juga tidak mahu menyusahkan Imanina dan Isyraf. Mereka tidak perlu menjengukku setiap hari. Aku mampu menjaga diriku.

  Pintu bilikku diketuk. Mataku jatuh pada daun pintu. Imanina dan Isyraf diam.

  Tersembul wajah gadis cantik yang melanggarku dulu. Aku senyum. Dia menjinjing bakul yang berisi buah-buahan.

  “Maaf, kak. Baru hari ni saya tahu yang akak admitted.”

  “Tak apa. Duduklah,” ucapku lembut.

  Wajah Imanina merah. Aku tahu dia tetap menyalahkan gadis cantik itu atas apa yang terjadi meskipun semua ini berlaku disebabkan salahku sendiri. Aku yang cuai. Aku yang berjalan di tengah jalan raya.

  Imanina tetap dengan pendiriannya.

  “Nama saya, Hayani. Panggil Yan je.”

  “Akak, Nur Ilhamina. Ambik course apa?”

  “Sains kesihatan. Akak?”

  “Akak budak Farmasi.”

  Gadis itu mengangguk. Isyraf duduk di atas sofa. Membaca buku yang dibawanya. Imanina berdiri di sampingku.

  Telefon gadis itu berdering. Dia senyum. “Kak, saya kena pergi dulu. Kita jumpa lagi nanti.”

  Selepas gadis itu beredar, Isyraf duduk di hadapanku. Aku melarikan pandangan. Semakin lama dia berada dekat denganku, aku jadi tidak tentu arah. Rasa di hati ini semakin hari semakin bercambah tanpa mampu aku halang. Hanya aku, Imanina dan Yang Esa mengetahui rasa ini. Cuba untuk menghilangkan rasa ini namun menemui jalan buntu.

  “Sumpah aku tak suka budak tu. Gedik semacam je.”

  “Mana ada gedik tu. Nina, Nina. Buanglah syak wasangka kau tu.”

  Imanina mencebik. Wajahnya masam. Memang dia tidak betah dengan kehadiran insan bernama Hayani.  Ada saja kesalahan yang dilakukan Hayani pada matanya meskipun gadis cantik itu tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

  Isyraf tidak menyampuk. Hanya memerhati. Kepalanya dilentokkan.

  “Imanina, dinner bila?”

  “Dinner apa?”

  “Alah! Dinner yang u buat tiap tahun tu.”

  Imanina menggaru pelipis.

  “Bulan depan. Kenapa?”

  “You pergi kan dinner tu?”

  “Pergi kut. Kenapa?”

  “Saja tanya.”

 Kenapa aku rasa Isyraf ni tak annoying pun?

*****

  Meja bulat yang aku duduki sudah penuh. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing. Banyak suara menampar gegendang telingaku. Dewan sudah bising! Imanina sibuk bersembang dengan Syazwina, rakan sekelasku dan dia.

  Saat pandanganku dan Hayani bertaut, aku melemparkan senyuman manis.

  “Assalamualaikum!”

   Terus aku memandang stage. Isyraf?

  Dia memakai baju melayu berwarna biru muda dan memegang gitar. Duduk di atas bangku berwarna putih.

  Semua terus diam.

  Lelaki itu senyum.

  “Saya nak menyanyi satu lagu. Terimalah. I Won’t Give Up by Jason Mraz.”

  Wajahku merah. Hayani senyap. Wajahnya masam.

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts
We got yeah we got a lot at stake
And in the end,
You're still my friend at least we didn't tend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn, how to bend without the world caving in
I had to learn what I got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
I'm still looking up

I won't give up on us
God knows I'm tough, he knows
We got a lot to learn
God knows we're worth it

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up...

  Lelaki itu senyum dan menunduk. Terus dia turun dari pentas dan menghampiriku.

  “I love you, Nur Ilhamina. Will you be mine?”

  Aku senyum.

  “Insya-Allah aku akan jadi milik kau kalau kita berkahwin.”

*****

  Peluh mula merenik di dahi. Sedari tadi, aku menunggu Isyraf namun dia belum datang. Jam pada pergelangan tangan aku kerling. Sudah pukul 5 petang. Bermakna, aku telah menunggunya selama empat jam. Dia pergi ke mana? Jika tidak dapat datang, dia patut menghubungiku. Imanina pun satu. Pergi tandas lama sangat.

  Ada jemari menyapa bahuku. Aku berpaling.

  “Sorry lambat. Toilet banyak orang. Dia tak datang lagi?” soal Imanina perlahan.

  Lambat-lambat aku menggeleng.

  “Jomlah balik. Dah lewat ni. Nanti mama aku bising pulak,” ujarku.

  Dia mengangguk.

  Kami bingkas bangun dan masuk ke dalam perut Kelisa putih milik Imanina. Sepanjang perjalanan, aku hanya membisu.

  Imanina menekan brek di kala lampu isyarat menunjukkan warna merah. Aku mengalihkan wajah. Membuang pandang ke luar tingkap. Aku tersentak. Kelopak mataku kian hangat. Wajahku diserbu darah merah.

  “Isyraf…” Suaraku keluar tanpa aku sangka.

  “Mana?”

  “Kat stesen bas tu. Dia tengah peluk Yan.”

  Air mataku terus gugur. Rasa dikhianati! Rasa dipermainkan!

  “Kau nak jumpa Isyraf?”

  “Tak. Dah. Jom kita balik.”

  Terima kasih, Isyraf. Kau dah ajar aku untuk tidak mempercayai mana-mana lelaki lagi.
  
BERSAMBUNG...


Esok ada kelas tambahan. Sabarlah wahai hati. Drop komen kalau rajin. ahaks




14 comments:

  1. wahhh! sambung2! :D:D:D tak sabaq nak tunggu eps 2! xD
    agaknyaaa...mcm mana la reaksi Isyraf bila dia tau yg Ilham tau dia peluk Yan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. nanti ceq sambung
      reaksi isyraf aku tatau. Reaksi Ilham aku tau. Mesti dia bagi pelempang punya. Muahaha

      Delete
  2. best best, aku suka cerpen ko, sekali baca pun, akiu langsung jatuh cinta, lanjutkan hanna aleeya (haleluya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sejuta kali. Ya ya. Nanti hanna lanjutkan

      Delete
  3. ad g x kene nie... dulu time kt spital isyraf x layan yan pon...

    ReplyDelete
  4. best. teruskn sambungannya.

    ReplyDelete
  5. nak komen disini :)
    hanna,sila smbung cept2.....
    aishhhh,xsabar nk tw pe tjadi??
    salah faham ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks. Ya. Satgi hanna sambung. Salah faham? entahlah. Hanna pun tatau apa yang terjadi sebenarnya. Hehehehe

      Delete
  6. bercinta itu making love kan ?
    (Mohd Affan Bin Jafar Bin Abdullah bin Jaiz)

    ReplyDelete
  7. Comel when part Isyraf nyanyi and terus on I won't give up.Dapat bayang how suar isyraf like jason mraz so sweet ♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohho. Hanna pun harap suara dia sama macam jason mraz. sedap gitu

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...